3 Peringkat Temuduga Yang Perlu Dilalui Bila Temuduga Kerja Kerajaan

Dalam setiap temuduga kerja, biasanya ia berjalan dalam beberapa peringkat. Begitu juga dengan temuduga kerja kerajaan.

Supaya temuduga kerja kerajaan berjalan lancar di samping untuk membantu semua calon temuduga kerja kerajaan bersedia dengan sepenuhnya, maka peringkat-peringkat ini diwujudkan.

Dalam temuduga ini, penemuduga akan meminta kita memperkenalkan diri dan latar belakang akedemik. Nyatakan pengalaman kerja jika ada dan pengalaman lain yang dimiliki termasuk apa-apa yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Penemuduga akan melihat sejauh mana tahap fokus dan kesungguhan kita dengan jawatan yang dipohon berdasarkan jawapan yang kita beri.

Elak bercerita mengenai latar belakan keluarga, adik beradik dan kampung halaman walau diminta untuk memperkenalkan diri supaya kita tidak terlihat seperti individu yang tidak matang.

3 PERINGKAT TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Sudahkah kita bersedia menghadapi temuduga kerja kerajaan?

Klik >>> RUJUKAN PERSEDIAAN MENGHADAPI TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

TEMUDUGA PERINGKAT # 1

Penemuduga akan menggunakan pengembangan soalan di mana soalan yang ditanya berdasarkan jawapan yang diberi. Salah satu aspek pertanyan ialah keputusan akademik termasuk subjek atau mata pelajaran yang diambil.

Sekiranya jawatan yang dipohon adalah Pegawai Tadbir Diplomatik atau Penguasa Kastam, maka kita akan ditanyakan subjek yang berkaitan dengannya, contoh: pengurusan organisasi atau penyelesaian masalah.

Bukan hanya subjek atau dalam kelas, penglibatan dalam bidang ko-kurikulum semasa menuntut juga boleh digunakan untuk menyokong jawapan yang kita berikan.

Kemukakan jawapan yang berkaitan. Berikan poin-poin yang boleh menguatkan jawapan. Poin-poin daripada tugas atau kerja yang kita lakukan sekarang pun boleh digunakan.

Kita mungkin sedang bekerja sebagai juruwang sementara di sebuah pasaraya sementara mendapat kerja yang setimpal dengan kelayakan. Dan kita mahu kerjaya sebagai Akauntan atau Penolong Akauntan.

Bekerja sebagai juruwang sudah mendedahkan kita kepada atmosfera kerja-kerja mengurus, mengaudit dan melaporkan hal kewangan kepada ketua yang bertugas. Kita boleh menghubungkan pengalaman ini dengan skop kerja yang kita pohon.

Kenapa minta kerja kerajaan sedangkan sudah ada kerja?

Ini soalan perangkap! Jawapan mesti mencerminkan kematangan. Jawapan yang tidak matang bakal menjerat diri. Silap menjawab, penemuduga akan menilai yang kita tidak serius dan menganggap kita jenis orang yang suka lompat-lompat kerja, jenis tidak setia pada majikan, hanya kejar pangkat dan gaji.

TEMUDUGA PERINGKAT # 2

Penemuduga akan membuat penilaian kepada kemahiran dan pengetahuan kita dengan skop kerja yang dipohon.

Selain itu, gerak dan gaya menjawab soalan turut diambil kira. Gerakan mata, gaya tangan ketika bercakap, gerakan tubuh, nada keyakinan ketika menjawab soalan akan dinilai oleh penemuduga untuk menentukan sama ada kita betul-betul minat pada kerja yang dipohon atau hanya mengharapkan nasib. Dapat, dapatlah. Tidak dapat, sudah!

Mereka yang menghadiri temuduga selalu melakukan kesilapan. Ia itu menjawab soalan tanpa rujukan. Kesilapan ini adalah kelemahan yang boleh diatasi.

Klik >>> RUJUKAN LENGKAP UNTUK LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Sebelum menghadiri temuduga, lakukan kajian dengan merujuk beberapa fakta yang boleh menyokong jawapan yang kita berikan. Biar pun kita tidak dapat menjawab dengan tepat, kita masih boleh menggunakan fakta yang berkaitan sebagai sandaran.

Ada sebahagian soalan yang meminta pandangan kita secara bebas. Soalan ini biasanya berbentuk provokasi untuk memancing emosi kita. Dengan rujukan lengkap untuk lulus temuduga kerja kerajaan kita boleh mengenali jenis soalan ini.

Bila kita kenal jenis soalan ini, maka dapatlah kita menjawab dengan menampilkan keyakinan disusuli dengan riak wajah dan gerakan tubuh/tangan yang betul.

“Anda tidak memiliki kelayakan untuk menjawat kerja yang dipohon”.

Kita mungkin tidak dapat bertenang dengan kata-kata provakasi ini. Jika hal seperti ini kita tidak dapat hadapi, bagaimana hendak berhadapan dengan situasi kerja yang lebih mencabar?

Kita perlu bertenang dan bertindak untuk tonjolkan bakat yang boleh disumbangkan. Tampilkan keghairahan untuk belajar. Ketika inilah kita perlu berhati-hati supaya perkataan yang digunakan tidak mensabotaj diri sendiri.

Tidak perlu beria-ia menunjuk kepada penemuduga yang kita ini hebat tapi berusaha untuk dinilai sebagai calon yang berbakat. Kita bukan berhasrat untuk bertindak bongkak, cukup sekadar memperlihatkan diri yang kita calon dinamik untuk jawatan yang dipinta.

Elak diri daripada kelihatan tertekan semasa temuduga.

Kita tidak ada salah apapun. Jadi tenangkan diri dan bersahaja. Jika kita bertenang, ia adalah kredit yang mencerminta kita sebagai seorang yang boleh menerima dan bekerja dalam tekanan.

TEMUDUGA PERINGKAT # 3

Yang terakhir sekali adalah soal gaji. Untuk kerja kerajaan, tangga gaji sudah ditetapkan jadi tidak timbul berapa gaji yang kita boleh minta. Tangga gaji kerajaan adalah mengikut kelayakan dan gred kerja. Termasuk kenaikan gaji tahunan dan elaun yang ada semuanya mengikut gred.

Penemuduga mungkin akan bertanya kita, “Anda ada apa-apa soalan?”

Jika kita  katakan tiada soalan, maka kita sudah mensia-siakan peluang untuk mendapatkan maklumat berharga dari panel penemuduga.

Sebagai seorang calon penjawat awam, kita seharusnya menjawab atau membalas kembali dengan bertanyakan soalan.

Kita boleh tanyakan pada panel penemuduga berkaitan dengan ciri-ciri peribadi yang diperlukan sebagai penjawat awam, tips untuk kekal bermotivasi sebagai penjawat awam atau paling kurang kriteria yang diperlukan untuk diterima sebagai penjawat awam.

Selepas sesi temuduga berakhir, ucapkan terima kasih kepada panel penemuduga kerana meluangkan masa untuk anda diuji, disoal dan dinilai semasa temuduga. Ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada mereka.

Sedikit sebanyak ia mencerminkan sikap positif anda yang berbudi bahasa dan tidak emosional biar pun tidak berjaya dalam temuduga.

Adakah anda sudah dipanggil temuduga?

Terus dapatkan Rahsia Bijak Temuduga di bawah ini untuk persiapan temuduga kerja kerajaan anda. KLIK GAMBAR DI BAWAH:

rujukan temuduga kerajaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge