Bila kita minta nasihat untuk sesesuatu perkara dalam hidup ini terutamanya dalam hal-hal kerja, pasti kita akan dapat banyak nasihat.
Kadang-kadang kita tidak perlu pun nasihat, akan ada yang rajin memberi nasihat.
Ada sebab mereka beri nasihat. Macam-macam alasan. Sebab kita minta nasihat. Sebab kita kawan mereka. Sebab tak mahu kita tersalah langkah. Sebab mereka rasa betul dan kita salah. Dan banyak sebab lain yang hati mereka sahaja yang tahu.
Apa juga sebabnya, keputusan menerima atau menolak nasihat terletak kepada diri kita sendiri. kita perlukan fikiran yang jernih untuk menilai setiap nasihat. Kita mahu buat ikut nasihat itu atau tidak!
Kadang-kadang juga nasihat diberi untuk mengikut penilaian umum ketika itu.
Antara nasihat berkenaan kerja yang boleh ditolak ke tepi;
1 # Buat rancangan kerja/hidup lima tahun
Bagus membuat perancangan hidup. Dan kita bertindak mengikut rancangan itu untuk mencapai matlamat atau cita-cita. Namun kita harus ingat, kehidupan ini tidak pasti.
Kadang-kadang peluang baik datang tanpa disangka-sangka. Apakah kita mahu menolaknya hanya kerana ia tiada dalam perancangan lima tahun!
2 # Jangan bertukar-tukar kerja terlalu kerap
Perkara paling teruk berlaku bila terlalu lama berada di satu-satu tempat kerja adalah, kita tidak menerima gaji yang sepatutnya. Gaji kita mungkin lebih tinggi bila bekerja di tempat lain bergantung kepada kemampuan syarikat tempat bekerja.
Bila kita mendapat tawaran kerja di tempat lain dengan keselesaan dan kemudahan tertentu yang lebih baik, apa salahnya terima. Rezeki usah ditolak.
Lainlah jika anda ada sebab yang kuat untuk kekal lama di satu-satu tempat kerja.
3 # Pilih kerja yang tawarkan gaji tinggi dan buat sesuatu yang kamu sukai.
Bila memilih kerja yang bergaji tinggi, kemungkinan kerja itu kita tidak suka. Kita kerja hanya separuh hati. Kerja yang separuh hati akan membantutkan kemampuan diri yang sebenar.
Dalam masa yang sama, melakukan kerja yang disukai dengan bayaran yang tidak padan, tidak akan membantu status kewangan dalam jangka masa panjang. Kita akan terdedah kepada eksploit orang lain demi kepentingan diri mereka.
Perlu ada keseimbangan di antara keduanya.
4 # Usah pentingkan diri, biar kerja yang ‘bercakap’.
Ini nasihat yang selalu diberi oleh orang tua. Tidak salah nasihat ini, tapi tidak semestinya betul.
Bila ada sesuatu yang berhak kita dapat, kita perlu beritahu yang kita berhak! Bila diam, orang yang tidak berhak akan mendapatkannya. Bila kita membisu, orang yang berkepentingan akan mengambil kesempatan.
5 # Usah minta kerja yang ‘susah’ kamu dapat
Hanya kerana pengalaman kerja tidak seperti yang syarikat mahukan, tidak semestinya kita tidak boleh cuba memohon. Yang penting kita berada dalam bidang kerja yang diminta.
Belum cuba belum tahu. Bila dapat kerja yang diminta ini, inilah peluang untuk menambah atau memperbaiki resume kerjaya.
Sila share jika nota ini bermanfaat, menggunakan butang media social di bawah.
ada logik juga dan berharap kita beroleh manfaat dari artikel ini..
Hero Borneo recently posted…Tentu Seronok Jadi Orang Kaya