5 Sebab Kenapa Graduan Gagal Dapat Kerja

Setiap masa, isu graduan susah dapat kerja diperkatakan. Isu ini dilihat sukar untuk diselesaikan. Ramuan penyelesaian untuk masalah tidak bekerja atau susah dapat kerja ini tidak dapat disediakan.

Di mana dan apa silapnya?

[+] Apakah kesilapan berlaku pada sistem pendidikan negara hingga melahirkan graduan tidak berpotensi?

[+] Adakah kerana syarikat menetapkan syarat yang ketat atau tidak munasabah hingga sukar diikuti graduan?

[+] Atau kesilapan berpunca pada individu atau graduan itu sendiri?

Satu laman carian pekerjaan paling popular di Malaysia telah mengadakan kaji selidik untuk mengetahui apa pendapat (apa sebab) majikan yang tidak menerima seseorang graduan bekerja di syarikat mereka.

5 PUNCA GRADUAN GAGAL DAPAT KERJA

Berikut adalah 5 punca (sebab) graduan gagal mendapat pekerjaan:

5 tip mudah dapat kerja

1 # Gaji atau faedah yang diminta tidak realistik

Cara paling selamat untuk diterima bekerja adalah meminta gaji mengikut tahap gaji umum yang ditetapkan. Ingat! Walau kelulusan tinggi, kita belum ada pengalaman kerja. Jadi semak gaji umum permulaan ikut bidang kerja yang diminta.

Lain lah jika kita sudah lama bekerja dan sudah pakar dalam bidang, boleh lah minta faedah-faedah dan gaji yang lebih sikit bila bertukar ke syarikat lain.

Bila belum pernah bekerja, pengalaman tiada tapi mintanya lebih menyebabkan majikan tidak mahu menawarkan pekerjaan kepada graduan.

2 # Tidak pandai sangat Bahasa Inggeris

Biasanya graduan mahu bekerja di syarikat besar. Kalau dapat kerja di syarikat multinasional, lebih bagus.

Biasanya syarikat sebegini menggunakan Bahasa Inggeris dalam urusan perniagaan mereka. Lagi pula majoriti pelanggan syarikat multinasional ini tentulah bangsa asing. Maka penggunaan Bahasa Inggeris adalah mesti.

Bagaimana syarikat ini hendak mengambil graduan bekerja jika Bahasa Inggeris mereka lemah?

3 # Suka memilih kerja dan memilih syarikat

Menurut kajian satu laman carian pekerjaan, hanya 3 bidang pengajian yang hampir kesemua graduannya dapat kerja dalam bidang yang sama:

  1. Juru ukur bahan
  2. Kejururawatan
  3. Kejuruteraan

Jadi graduan yang hanya ingin memilih kerja yang sama dengan bidang pengajian, maka pilih 3 bidang ini. Jika tidak selamanya akan menganggur.

Cuba lihat di sekeliling kita, berapa ramai graduan yang bekerja dalam bidang yang sama dengan bidang pengajian mereka?

4 # Tiada keyakinan dalam berkomunikasi

Setiap majikan memerlukan kakitangan yang mahir dalam komunikasi untuk memastikan segala tugasan yang diberi difahami dan mendapat maklum balas sebaiknya.

Dalam sesi temuduga, skill komunikasi ini diambil kira sebelum menawarkan pekerjaan.

5 # Personaliti dan karekter yang tidak menyakinkan

Semua majikan akan tertarik dengan personaliti pemohon ketika hadir ke sessi temuduga. Dari segi kekmasan berpakaian, cara jalan, cara bercakap dan sebagainya. Kata orang, peribadi yang ‘sedap’ dipandang.

Bentuklah personaliti yang menarik bagi memudahkan diri mendapat pekerjaan.

Semoga 5 tips ini membantu mereka yang masih menganggur untuk mendapatkan pekerjaan.

Share artikel ini sekiranya bermanfaat, supaya dapat membantu mereka yang lain pula.

===

Mungkin anda perlukan ini:

[+] Klik >> DIBONGKARKAN “RAHSIA SULIT” BAGAIMANA UNTUK LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN DENGAN MUDAH TANPA MENGGUNAKAN SEBARANG “KABEL”
Sejak Feb 2009, sudah ramai yang telah berjaya dengan menggunakan rahsia ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge