Peluang pekerjaan semakin terhad sekarang ini. Di mana sahaja negara di dunia hari ini, statistik mereka yang tidak bekerja adalah ‘menggerunkan’.
3 sebab utama yang dikaitkan dengan jumlah penganggur yang ramai.
- Pertama, terlalu memilih-milih kerja.
- Keduanya, yang meminta kerja ramai sedangkan ruang kosong untuk kerja amat terhad.
- Akhirnya, kerana sudah banyak bidang kerja yang ‘dimesinkan’.
Kita diminta untuk tidak memilih sangat kerja pada waktu gawat ini. Yang penting ada kerja dahulu sambil-sambil itu boleh ‘mengintai’ kerja yang diinginkan.
Bagaimana pun tidak salah untuk menilai beberapa perkara sebelum memilih kerja. Walau kerja itu tidak bersesuaian dengan kelulusan dan bidang yang kita minat, kita tetap kena buat pilihan yang bijak.
1 # Manfaat bukan kewangan
Usah pandang rendah nilai faedah bukan kewangan yang boleh didapati daripada kerja, seperti:
- Waktu kerja yang fleksibel.
- Perlindungan perubatan dan pergigian.
- Elaun-elaun dan bonus yang ditawarkan.
- Peluang latihan kemahiran dan sebagainya
2 # Persekitaran kerja yang kondusif
Selepas rumah, tempat kerjalah di mana kita menghabiskan masa dalam hidup. Seperti rumah yang kita mahukan sesuai dan selese untuk kehidupan kita, begitulah juga tempat kerja.
Sedikit sebanyak, ambil perhatian tentang budaya pemakain, cara bekerja dan sebagainya agar bukan sesuatu yang bercanggah dengan jiwa, personality dan prinsip hidup kita.
Tidak mungkin kita dapat 100% yang sesuai dengan kita, namun mustahil kita tidak dapat memilih sebanyak yang mungkin.
3 # Lokasi tempat kerja
Walau kerja itu bagus dan diminati. Sesuai pula serba serbinya dengan diri kita. Akan tetapi berbaloikah jika tempat kerja jauh.
Keluarga kita di Semenanjung, sedangkan tempat kerjanya di Sabah! Bersediakah kita untuk berpindah tinggal dan bekerja di Sabah?
4 # Peluang mengembangkan kerjaya
Sebaiknya pilih syarikat yang memberikan peluang bagi kita mengembangkan bakat dan kepakaran yang kita ada. Contohnya, syarikat yang dipilih terdapat program latihan dan peluang pendidikan untuk mengasah kemahiran kita.
5 # Tahap tanggungjawab
Ambil kira juga tahap tanggungjawab yang perlu kita tanggung dengan pekerjaan yang kita pilih. Jangan hanya seronok dengan jawatan dan gaji, tengok juga kerja yang perlu kita tangung. Nilai diri sendiri, mampukah kita?
6 # Tahap keselamatan kerja
Ini untuk keselamatan diri kita juga semasa bekerja. Jadi sebelum bersetuju untuk bekerja, kena buat kerja sedikit dengan menyelidik rekod lampau syarikat dalam hal keselamatan.
Pernah atau selalukah pekerjanya ditimpa kemalangan sewaktu bekerja. Dan jika berlaku kecemasan, bagaimana SOP dilaksanakan.
7 # Kos pergi dan balik kerja
Buat pengiraan kos perjalanan yang perlu ditangung. Contohnya, sanggupkah kita berulang alik dari tempat tinggal kita di Seremban ke tempat kerja kita di Kuala Lumpur. Bagaimana dengan kos minyak kenderaan, tol, kesesakan lalu lintas?
Tentunya kita tidak mahu tua atas jalan raya.
8 # Siapa kita pada masa hadapan di dalam syarikat.
Pilih syarikat yang tidak static bidang tugas. Maksudnya, tidaklah kita masuk kerja dengan satu jawatan dan kekal dengan jawatan itu sampai ke sudah.
Mesti ada peningkatan kedudukan dalam kerja. Juga peningkatan tangga gaji.
Fikirkan siapa kita 10 tahun akan datang di dalam syarikat yang kita pilih untuk bekerja.
sekarang masa yang amat mencabar bagi pencari kerja…
persaingan sengit dan jumlah kekosongan pula terlalu terhad
Hero Borneo recently posted…Tentu Seronok Jadi Orang Kaya
siapa tak ada kerja lagi, carilah kerja sampai dapat ye.
usaha tangga kejayaan.
titan recently posted…GogoPrint – Murah tetapi Berkualiti Tinggi
Saya pun apply kerja kosong kat tempat intern saya tanpe perlu memilih dan kerja di luar bidang pengajian saya.. dan alhamdulillah I did it very well !
Rugi kalau memilih kerja sangat, nanti lambat boleh kumpul saving, pengalaman boleh ditimba.. masa tak boleh diputarkan balik.. hehe