Di luar negara, adalah biasa bila graduan bekerja dalam bidang berbeza dengan kelulusan mereka berbanding di Malaysia yang masih dianggap janggal.
Bagaimana pun sudah ramai graduan Malaysia yang menyedari bahawa, sekarang ini sudah tidak penting sama kerja itu bersesuai dengan apa yang mereka belajar atau tidak. Yang penting mereka ada kerja! Mereka tidak menganggur.
Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), menjawab beberapa persoalan tentang isu ini:
1 # Adakah graduan itu gagal bila kerja dalam bidang berlainan dengan apa yang mereka belajar?
Tiada sebarang kewajipan untuk graduan kerja dalam bidang sama dengan apa yang mereka belajar. Di luar negara perkara ini biasa, cuma di Malaysia ia masih dianggap janggal. Tetapi anggapan itu sudah mula berubah.
2 # Adakah graduan itu memang tidak berminat untuk meneruskan dengan serius bidang yang dia belajar?
Sebenarnya tidak, cuma graduan ini sedar yang majikan sekarang mahu calon pekerja mereka menyesuaian diri atau fleksibel dengan segala pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam pekerjaan sebenar. Jadi graduan terbabait merebut peluang tersebut.
3 # Adakah sistem pendidikan negara perlu diubah agar situasi graduan kerja berbeza dengan apa mereka belajar dapat dielakkan?
Sistem di Malaysia sudah cukup mantap, hanya beberapa kaedah pengajaran perlu diubah agar selari dengan perkembagan dan kehendak pasaran kerja.
4 # Adakah situasi ini akan memberi kerugian kepada sumber tenaga kerja negara bila graduan kerja berbeza dengan apa yang mereka belajar?
Tidak. Sebenarnya, yang paling penting adalah bagaimana graduan itu dapat mengguna pakai segala pengalamannya sepanjang mereka belajar untuk dalam pekerjan mereka, bukan semata-mata ilmu sahaja.
Sebenarnya, kebanyakkan tokoh berjaya di Malaysia hari ini bukan berjaya kerana ilmu yang mereka belajar semata-mata, tetapi kerana mereka bijak menggunakan kemahiran mereka semasa belajar dan mengubah suai kemahiran itu dengan pekerjaan mereka.
5 # Walau graduan menerima situasi ini tetapi masyarakat tidak. Bagaimana supaya masyarakat dapat menerima situasi ini.
Masyarakat terutama ibu bapa perlu berlapang dada bila bila anak mereka menceburi pekerjaan yang berlainan dengan apa yang mereka belajar.
Kerajaan sendiri berharap yang graduan tidak bergantung dengan pekerjaan yang sama dengan apa yang mereka belajar, sebaliknya bersikap fleksibel dan cuba mencipta peluang pekerjaan baru.
—
Sememangnya, graduan tidak lagi boleh terlalu berharap dengan bidang pekerjaan sama dengan apa yang mereka belajar. Graduan tidak boleh terlalu memilih pekerjaan. Ambil peluang pekerjaan yang ditawarkan.
Yang penting mereka ada pekerjaan dan static pengangguran dapat dikurangkan.
Yang terbaik bila mereka mencipta peluang pekerjaan (membina bisnes sendiri) dan dapat menawarkan pekerjaan kepada graduan yang lain.
#sumber: Utusan Malaysia.
—-
Mungkin anda perlukan ini:
# (klik) RAHSIA RESUME KERJA: Resume adalah tiket untuk ke temuduga kerja. Rahsia Resume Kerja merupakan sebuah panduan khas untuk menulis resume bagi memohon pekerjaan baik kerja kerajaan atau kerja swasta.
# (klik) RAHSIA BIJAK TEMUDUGA: Membantu untuk lakukan tindakan awal selepas dipanggil ke temuduga. Ramai yang terkejut dan takut apabila mereka mendapat panggilan temuduga. Kini rasa takut bakal dihilangkan!