Buat Ini Bila Rasa Penat Sewaktu Bekerja

 

Apa yang menyebabkan produktivi kerja seseorang itu tidak bagus?

Selalunya yang menjadi alasan adalah penat.

Dan apa pula yang menyebabkan seseorang itu penat hingga menganggu kerja sehariannya?

Sebabnya banyak.

Selalunya yang dijadikan alasan adalah kurang tidur. Boring terperangkap dalam kereta bila jalan jem sewaktu pergi kerja. Bentuk badan yang tidak mengikut piawaian kesihatan. Tidak minat kepada kerja yang dibuat.

Dan ada banyak alasan lainnya.

Apa juga sebab yang menyebabkan seseorang itu letih, dia perlu ada tangung jawab kepada pekerjaan yang diamanahkan kepadanya. Apa juga kondisi diri, sikap mesti professional. Kerja mesti dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Ada 10 cara yang boleh dibuat ketika letih datang sewaktu bekerja.

Cuba praktikkan salah satu cara berikut:

1# Buat kerja yang betul-betul penting dulu.

Pilih buat kerja yang perlu disiapkan cepat dulu. Sentiasa semak senarai tugas yang perlu dibuat hari itu. Selesaikan yang lebih penting dulu. Yang selainnya buat selepas itu.

Atau buat seperti menjawab soalan peperiksaan. Jawab yang mudah dulu kemudian baru jawab yang susah. Sekurang-kurangnya bila jam sudah lewat, sudah ada banyak soalan yang dijawab.

Lain keadaannya bila tugas mengikut fail di atas.

2# Jauhkan diri dari hal-hal yang mengalih tumpuan.

Media social bagai ‘hantu’ yang selalu menganggu. Jarang orang yang tidak terusik dengannya. Setiap saat jika tidak meneliti media social seperti fecebook seperti hidup tidak sempurna.

Banyak isi media ini yang boleh membuatkan jiwa resah. Ia makin meresahkan jiwa dan meletihkan badan ketika badan dn jiwa sudah letih dengan timbunan kerja.

Perlu ada kekuatan jiwa untuk menyingkirkan telefon peribadi semasa bekerja. Perlu ada kekuatan untuk mematikannya atau memutuskan data internet sewaktu bekerja.

Seeloknya berikan nombor telefon pejabat kepada saudara mara atau jiran sebelah rumah atau guru anak di sekolah. Mereka boleh hubungi nombor tersebut bila ada kecemasan sahaja. Jadi kita tidak risau sangat untuk mematikan telefon semasa bekerja.

3# Sediakan botol air atas meja.

Badan yang kurang air (dehidrasi) akan menurunkan focus tumpuan. Tumpuan melibatkan otak. Air pembawa oksigen ke otak. Jika air dalam badan kurang, maka kurang oksigen yang dibawa ke otak.

Ramai tidak sedar badan kurang air kerana bekerja di dalam bilik berhawa dingin. Dingin tidak membuatkan rasa dahaga. Kerana itu kena tetapkan masa untuk minum air kosong sekerapnya, mungkin 1 jam sekali.

Tidak perlu minum banyak kerana nanti akan kerap ke tandas pula. Cukup sekadar seteguk dua.

4# Buat senaman ringkas.

Jangan kekal atas kerusi kerja sepanjang masa di pejabat. Seperti menetapkan masa minum seteguk dua air setiap jam, begitu juga tetapkan masa, contohnya setiap setengah jam untuk bangun sekejap dari kerusi.

Bangun dari kerusi bukan untuk melilau atau lepak di luar pejabat. Cukup sekadar berjalan-jalan sejenak sambil menggerak-gerakkan tangan dan badan sekitar ruang pejabat.

5# Pergi ke tandas dan basuh muka.

Bila gerakan badan tidak memberi kesan pergilah basuh muka di bilik air. Air dingin yang segar akan membuatkan wajah sedikit segar sekaligus menyegarkan diri.

6# Sesekali kerja sambil berdiri.

Kerja sambil duduk memang nyaman. Akan tetapi kenyamanan ini boleh membuatkan seseorang tertidur di meja bila bekerja dalam keadaan letih.

Sesekali cuba bekerja dalam keadaan berdiri. Jika di pejabat sendiri, boleh juga sediakan dua meja yang berbeza ketinggian. Satu untuk kerja duduk dan satu lagi untuk kerja berdiri.

Yang tidak dapat menyediakan dua meja, tentu ad acara lain yang boleh dibuat.

7# Nikmati secawan kopi.

Kafein dalam kopi dapat membantu tumpuan dan menyegarkan tubuh yang keletihan. Tapi kopi tidak memberi apa-apa kesan efektif bagi mereka yang setiap pagi memang meminum secawan kopi.

Kopi hanya berkesan menyegarkan keletihan kepada mereka yang sesekali sahaja meminumnya.

Jadi mungkin mulai sekarang, boleh buat keputusan untuk meminum kopi sesekali sahaja terutama ketika keletihan.

8# Tidur sekejap sebelum zohor.

Mungkin sukar untuk dilakukan bila kita tidak bekerja sendiri.

Tetapi terbukti benar tidur sekejap pada siang hari terutama 15 ke 20 minit sebelum zohor sangat baik untuk kesihatan. Dan ia boleh membuatkan tubuh kembali bertenaga sekali ganda.

9# Elak mengambil makanan berat sewaktu tengahari.

Makan makanan berat ketika tubuh letih bukan menghilangkan keletihan malah mungkin akan membuatkan lebih letih. Ini kerana tubuh terpaksa bekerja keras untuk mencerna makanan tersebut.

Pilih makanan ringan seperti salad buah atau sayur untuk makan tengahari sewaktu badan keletihan supaya perut dapat cepat mencerna makanan dan membekalkan vitamin dan nutrisi untuk tubuh.

10# Dedahkan tubuh kepada sinar matahari.

Sinar matahari pagi bagus untuk tubuh bagi mendapatkan vitamin bagi mengatasi keletihan. Vitamin D dari matahari tidak akan sama dengan vitamin D daripada makanan.

Ambil sedikit masa untuk mendedahkan diri kepada cahaya matahari pagi walau kita sampai ke tempat kerja sebelum matahari terbit. Kehangatan sinar matahari pagi akan menyegarkan tubuh berbanding sinar matahari tengahari atau petang yang memeritkan.

Sesiapa juga akan merasa penat. Pandai-pandailah untuk mengatasinya sewaktu bekerja.

Namun harus ingat supaya jangan keterlaluan. Elakkan perlakuan yang boleh membuatkan muka boss menjadi merah!

 

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge