Dalam Satu Tahun Pertama Mula Bekerja…Ramai Yang Berhenti

Dalam satu kaji selidik mendedahkan, lebih satu pertiga daripada bakat muda lepasan graduan akan berhenti daripada kerja pertama mereka dalam tempoh kurang setahun.

Alasan utama yang diberi adalah;

# Mencari peluang kerjaya yang lebih bagus.

# Mahukan kerjaya dengan gaji yang lebih banyak.

Kajian yang dijalan oleh rangkain kerjaya online, monster.com melibatkan 700 graduan muda dan majikan di Malaysia.

Gambar Google

Selain itu kajian juga mendapati;

1 # 58% graduan muda percaya kerja pertama mereka penting dalam melakar kerjaya masa hadapan.

2 # 74% memaklumkan, wang merupakan faktor yang mempengaruhi keputusan graduan muda.

3 # 38% graduan percaya, perubahan kerjaya perlu dibuat lebih awal.

4 # Tiada keserasian antara jangkaan majikan dengan bakat pencari kerja. Bakat pencari kerja tidak seperti yang dijangkakan majikan.

5 # Majoriti graduan menyatakan, kekurangan pengetahuan dan pengalaman memberi kesan terhadap keyakinan diri mereka.

6 # 24% daripada mereka tidak boleh bekerja tanpa bantuan mentor.

7 # 22% lagi sukar berinteraksi dengan ketua masing-masing.

8 # 21% responden berkata, mereka patut mendapat ganjaran yang lebih baik dengan apa yang mereka buat sekarang ini.

9 # 20% menyatakan mereka mungkin tidak bersedia dengan dunia kerjaya (mungkinkah mereka lebih berminat untuk bekerja sendiri)

Pihak monster.com melalui Pengarah Urusan Asia Pasifik dan Timur Tengahnya, Sanjay Modi berkata, statistik ini perlu diberi perhatian oleh majikan dalam usaha menarik, mengambil dan mengekalkan pekerja muda dalam jangka panjang.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge