Deskripsi tugas, Syarat Lantikan Dan Tangga Gaji Jawatan Pembantu Tadbir Gred N19

Jawatan Pembantu Tadbir Gred N19 merupakan salah satu jawatan kerajaan yang  boleh dipohon dengan kelayakan SPM / SVM.

Mereka yang berminat untuk menyertai sektor perkhidmatan awam perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Bila ada kekosongan apa-apa jawatan seperti jawatan Pembantu Tadbir Gred N19, anda akan dihubungi.

Daftar segera untuk tidak melepaskan peluang kerja dengan kerajaan.

Berikut merupakan deskripsi tugas, syarat lantikan dan jadual/tangga gaji Pembantu Tadbir Gred N19

===

# JAWATAN: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

# KUMPULAN: Pelaksana (Pentadbiran dan Sokongan)

# KEMENTERIAN/JABATAN: Pelbagai Kementerian/Jabatan

===

DESKRIPSI TUGAS Pembantu Tadbir Gred N19

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

===

SYARAT LANTIKAN Pembantu Tadbir Gred N19

1 # Setiap calon yang akan dilantik hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

A – Warganegara Malaysia.

B – Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

C – Memiliki syarat kelayakan Bahasa Melayu seperti berikut:

Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

D – Memiliki taraf pendidikan seperti berikut:

  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.Gaji permulaan: RM1,352.00, atau
  2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan: RM1,408.40, atau
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan: RM1,464.80

E – Syarat peningkatan jawatan secara lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 tertakluk kepada syarat:

  1. Ada kekosongan jawatan.
  2. Jawatan sedia ada telah disahkan dalam perkhidmatan.
  3. Mempunyai kelayakan seperti perenggan D.
  4. Lulus peperiksaan khas.
  5. Masih dalam had umur pelantikan:
  6. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  7. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

===

JADUAL/TANGGA GAJI Pembantu Tadbir Gred N19

# Gaji Minimum: RM1,352.00

# Gaji Maksimum: RM4,003.00

# Kenaikan Tahunan: RM100.00

===

panduan exam online pembantu tadbir gred N19 pdf

Ada rujukan khas yang boleh digunakan oleh calon panggilan untuk exam online Pembantu Tadbir Gred N19 ini sebagai persediaan menduduki exam ini.

Terdapat maklumat terkini dan contoh-contoh soalan sebagai panduan.

[+] RUJUKAN KHAS PEPERIKSAAN ONLINE PEMBANTU TADBIR GRED N19

===

Opsss! Rujukan ini mungkin belum lagi dibuka untuk jualan.

Jadi anda boleh  daftar nama dan email dulu di bawah. Anda akan dimaklumkan bila rujukan ini sudah dibuka untuk jualan.

(Rujukan ini dibuka untuk jualan pada tempoh tertentu – mungkin beberapa hari sebelum peperiksaan – supaya ia dapat dimasukkan maklumat-maklumat terkini dan terbaru)


Nama:

eMail :

Ingat satu perkara. Mereka yang bersedia belum tentu lulus. Tetapi yang gagal memang tidak pernah bersedia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge