Deskripsi tugas, Syarat Lantikan Dan Tangga Gaji Jawatan Penolong Juruaudit Gred W29

Jawatan Penolong Juruaudit Gred W29 merupakan salah satu jawatan kerajaan yang  boleh dipohon dengan kelayakan Diploma / STP / STPM / STAM / HSC

Mereka yang berminat untuk menyertai sektor perkhidmatan awam perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Bila ada kekosongan apa-apa jawatan seperti jawatan Penolong Juruaudit Gred W29, anda akan dihubungi.

panduan peperiksaan online penolong juruaudit W29

Daftar segera untuk tidak melepaskan peluang kerja dengan kerajaan.

Berikut merupakan deskripsi tugas, syarat lantikan dan jadual/tangga gaji Penolong Juruaudit Gred W29.

===

# JAWATAN: Penolong Juruaudit Gred W29

# KUMPULAN: Pelaksana

# KEMENTERIAN/JABATAN: Jabatan Audit Negara

===

DESKRIPSI TUGAS Penolong Juruaudit Gred W29

Menolong Juruaudit dalam menjalankan auditan terhadap akaun dan aktivit-aktiviti Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain kumpulan wang yang di bawah bidang kuasa Ketua Audit Negara.

===

SYARAT LANTIKAN Penolong Juruaudit Gred W29

1 # Setiap calon yang akan dilantik hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

A – Warganegara Malaysia.

B – Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

C – Memiliki syarat kelayakan Bahasa Melayu seperti berikut:

Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

D – Memiliki taraf pendidikan seperti berikut:

  1. Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan: RM1,510.92
  2. Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.Gaji Permulaan: RM1,510.92
  3. Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.Gaji Permulaan: RM1,776.08
  4. Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Gaji Permulaan: RM2001.68

E – Syarat peningkatan jawatan secara lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Juruaudit adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Juruaudit Gred W29, tertakluk kepada syarat:

  1. Ada kekosongan jawatan.
  2. Jawatan sedia ada telah disahkan dalam perkhidmatan.
  3. Mempunyai kelayakan seperti perenggan D.
  4. Lulus peperiksaan khas.
  5. Masih dalam had umur pelantikan:
  6. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  7. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

===

JADUAL/TANGGA GAJI Penolong Juruaudit Gred W29

# Gaji Minimum: RM1,498.00

# Gaji Maksimum: RM5,678.00

# Kenaikan Tahunan: RM 145.00

===

Ada rujukan khas yang boleh digunakan oleh calon panggilan untuk peperiksaan Penolong Juruaudit Gred W29 ini sebagai persediaan menduduki exam ini.

Terdapat maklumat terkini dan contoh-contoh soalan sebagai panduan.

[+] RUJUKAN KHAS PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG JURUAUDIT GRED W29

===

Opsss! Rujukan ini mungkin belum lagi dibuka untuk jualan.

Jadi anda boleh  daftar nama dan email dulu di bawah. Anda akan dimaklumkan bila rujukan ini sudah dibuka untuk jualan.

(Rujukan ini dibuka untuk jualan pada tempoh tertentu – mungkin beberapa hari sebelum peperiksaan – supaya ia dapat dimasukkan maklumat-maklumat terkini dan terbaru)


Nama:

eMail :

Ingat satu perkara. Mereka yang bersedia belum tentu lulus. Tetapi yang gagal memang tidak pernah bersedia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge