Deskripsi tugas, Syarat Lantikan Dan Tangga Gaji Juruaudit Gred W41

Jawatan Juruaudit Gred W41 merupakan salah satu jawatan kerajaan yang  boleh dipohon dengan kelayakan Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah .

Mereka yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Juruaudit Gred W41 perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA.

Daftar segera untuk tidak melepaskan peluang untuk menyertai sektor perkhidmatan awam. Bila ada kekosongan apa-apa jawatan, anda akan dihubungi.

rujukan exam online juruaudit W41

Berikut merupakan deskripsi tugas, syarat lantikan dan jadual/tangga gaji Juruaudit Gred W41

===

# JAWATAN: Juruaudit Gred W41

# KUMPULAN: Pengurusan dan Profesional

# KEMENTERIAN/JABATAN: Jabatan Audit negara

===

DESKRIPSI TUGAS Juruaudit Gred W41

Mengaudit dan menyediakan draf Laporan Audit untuk akaun-akaun kerajan, badan-badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, Majlis Agama Islam dan lain-lain kumpulan wang.

===

SYARAT LANTIKAN Juruaudit Gred W41

1 # Setiap calon yang akan dilantik hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

A – Warganegara Malaysia.

B – Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

C – Memiliki taraf pendidikan seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan: RM 2,300.73
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan: RM 2,819.63
  • Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf kerajaan. Gaji permulaan: RM 2,819.63
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf kerajaan. Gaji permulaan: RM 2,923.41
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. gaji permulaan: RM 3,027.19

D – Memiliki syarat kelayakan Bahasa Melayu

Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangny Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

E – Syarat untuk peningkatan secara lantikan.

Penolong Juruaudit adalah layak dipertimbangkan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Juruaudit Gred W41, tertakluk kepada:

  • Ada kekosongan jawatan.
  • Apabila telah disahkan dalam perkhidmatan.
  • Mempunyai kelayakan pada perenggan 1 (c).
  • Lulus peperiksaan khas.
  • Masih dalam had umur perlantikan:
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun, atau..
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi umur persaraan paksa 58 tahun, atau…
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi umur persaraan paksa 60 tahun.

===

JADUAL/TANGGA GAJI Juruaudit Gred W41

# Gaji Minimum: RM 2,094.00

# Gaji Maksimum: RM 9,585.00

# Kenaikan Tahunan: RM225.00

===

Ada rujukan khas yang boleh digunakan oleh calon panggilan untuk peperiksaan Juruaudit Gred W41 ini sebagai persediaan menduduki exam ini.

Terdapat maklumat terkini dan contoh-contoh soalan sebagai panduan.

[+] RUJUKAN KHAS PEPERIKSAAN ONLINE JURUAUDIT GRED W41

===

Opsss! Rujukan ini mungkin belum lagi dibuka untuk jualan.

Jadi anda boleh  daftar nama dan email dulu di bawah. Anda akan dimaklumkan bila rujukan ini sudah dibuka untuk jualan.

(Rujukan ini dibuka untuk jualan pada tempoh tertentu – mungkin beberapa hari sebelum peperiksaan – supaya ia dapat dimasukkan maklumat-maklumat terkini dan terbaru)


Nama:

eMail :

Ingat satu perkara. Mereka yang bersedia belum tentu lulus. Tetapi yang gagal memang tidak pernah bersedia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge