Pegawai Imigresen adalah kerja kerajaan dalam bidang Unit Beruniform. Jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19 merupakan salah satu jawatan kerajaan yang boleh dipohon dengan kelayakan SPM / SVM / SKM dan Sijil.
Mereka yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19 perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA.
Daftar sekarang juga untuk tidak melepaskan peluang untuk menyertai sektor perkhidmatan awam. Bila ada kekosongan, anda akan dihubungi.

Berikut merupakan deskripsi tugas, syarat lantikan dan jadual/tangga gaji Pegawai Imigresen Gred KP19
—
#JAWATAN: Pegawai Imigresen Gred KP19
#KUMPULAN: Pelaksana
#KEM/JAB: Jabatan Imigresen (Kementerian Dalam Negeri)
—
DESKRIPSI TUGAS Pegawai Imigresen Gred KP19
Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan. Pengeluaran visa, pas dan permit kepada warga asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya. Membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk
—
SYARAT LANTIKAN Pegawai Imigresen Gred KP19
Berikut merupakan syarat lantikan/kelayakan bagi jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19
1# Calon hendaklah memiliki kelayakan berikut: (setiap sijil atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia)
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan – Gaji permulaan ialah: RM1,360.00 atau…
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan setaraf dengannya – Gaji permulaan ialah: RM1,416.40 atau…
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan setaraf dengannya – Gaji permulaan ialah: RM1,472.80
2# Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu.
- Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
- Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (bagi lelaki sahaja)
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketepatan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
3# Calon hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
—
TANGGA GAJI Pegawai Imigresen Gred KP19
#Gaji Minimum: RM 1,360.00
#Gaji Maksimum: RM 4,052.00
#Kenaikan Tahunan: RM 100.00
— — —
Mungkin anda dipanggil untuk temuduga / peperiksaan online Pegawai Imigresen Gred KP19. Anda perlukan rujukan khas untuk temuduga / peperiksaan ini?
Rujuk link di bawah:
[+] RUJUKAN KHAS EXAM ONLINE PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP19
— — —
Semoga perkongsian deskripsi tugas, syarat lantikan tangga gaji untuk jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19 ini dapat membantu para pemohon. Bekerja dengan bersungguh-sungguh bagi mereka yang berjaya untuk jawatan ini dan beramanah untuk kemajuan Negara Malaysia.
Selamat maju jaya.