Jawatan Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41 merupakan salah satu jawatan kerajaan yang boleh dipohon dengan kelayakan Ijazah / Sarjana / PhD.
Mereka yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Pegawai Penguat Kuasa KP41 perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA.
Daftar segera untuk tidak melepaskan peluang untuk menyertai sektor perkhidmatan awam. Bila ada kekosongan apa-apa jawatan, anda akan dihubungi.
Berikut merupakan deskripsi tugas, syarat lantikan dan jadual/tangga gaji Pegawai Penguat Kuasa KP41
—
# JAWATAN: Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41
# KUMPULAN: Pengurusan dan Profesional
# KEMENTERIAN/JABATAN: Pelbagai
—
DESKRIPSI TUGAS Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41
#Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan):
Menyelaras dan membuat pengesanan terhadap Pentadbiran Am dan perlaksanaan aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan di peringkat Cawangan/Unit Penguatkuasaan Negeri serta membantu Pengarah dalam melaksanakan Pentadbiran Am Bahagian Penguatkuasaan.
# Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna:
Bertanggungjawab ke atas Unit Tugas-tugas Khas yang berkaitan dengan Penguatkuasaan Undang-undang, Unit Perlesenan serta Unit Pendakwaan dan Kompaun.
# Kementerian Pengangkutan:
Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
—
SYARAT LANTIKAN Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41
1 – Setiap calon bagi lantikan perlu memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Memiliki kelayakan pendidikan seperti berikut:
i. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan: RM2,081.00
ii. Bekas polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis dan Leftenen Muda atau setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. Gaji permulaan: RM2,08.00 iii. Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan: RM2,285.00 iv. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan: RM2,387.21 d. Syarat kelayakan pendidikan bagi lantikan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia: i. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Perikanan, Pertanian Hortikultur, Pemakanan atau Teknologi Makanan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan:RM2,390.37 ii. Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah Ilmu Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan: RM2,693.84 e. Mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera dengan syarat-syarat seperti berikut: i. Mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa sepatu. ii. Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita. iii. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26. iv. Bagi lelaki sahaja. Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas. v. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata. vi. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. vii. Telah diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar. 2 – Setiap calon bagi lantikan perlu memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM – Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia. 3 – Pegawai yang sedang berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Penguat Kuasa adalah layak dipertimbangkan untuk dilantik ke jawatan Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41, tertakluk kepada syarat-syarat: a. Ada kekosongan jawatan. b. Apabila telah disahkan dalam perkhidmatan (bukan jawatan kontrak). c. Mempunyai kelayakan pendidikan seperti di bahagian 1(c) atau lulus Peperiksaan Khas. d. Masih dalam had umur pelantikan: i. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi umur persaraan wajib 55 atau 56 tahun. ii. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi umur persaraan wajib 58 tahun. iii. Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi umur persaraan wajib 60 tahun. — TANGGA GAJI Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41 # GAJI MINIMUM: RM2,081.00 # GAJI MAKSIMUM: RM9,547.00 # KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN: RM225.00 —- Untuk persediaan menghadapi peperiksaan online Pegawai Penguat Kuasa KP41, anda boleh dapatkan rujukan khas yang mengandungi maklumat dan contoh-contoh soalan berkaitan peperiksaan ini. [+] RUJUKAN KHAS PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI PENGUATKUASA KP41 — Opsss! Rujukan ini mungkin belum lagi dibuka untuk jualan. Jadi anda boleh daftar nama dan email dulu di bawah. Anda akan dimaklumkan bila rujukan ini sudah dibuka untuk jualan. (Rujukan ini dibuka untuk jualan pada tempoh tertentu – mungkin seminggu sebelum peperiksaan – supaya ia dapat dimasukkan maklumat-maklumat terkini dan terbaru) Nama: Ingat satu perkara. Mereka yang bersedia belum tentu lulus. Tetapi yang gagal memang tidak pernah bersedia. |