Jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 – PTD merupakan salah satu jawatan kerajaan yang boleh dipohon dengan kelayakan Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Doktor Falsafah.
Mereka yang baru graduan dan sukakan kerja kerajaan berusaha untuk mendapatkan jawatan PTD ini. Mungkin disebabkan bila berada dalam jawatan ini, proses naik pangkat lebih cepat. Ini juga laluan sebenar untuk mencapai puncak jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam.
Mereka yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA.
Daftar segera untuk tidak melepaskan peluang untuk menyertai sektor perkhidmatan awam. Bila ada kekosongan apa-apa jawatan, anda akan dihubungi.
Berikut merupakan deskripsi tugas, syarat lantikan dan jadual/tangga gaji Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41.
—
# JAWATAN: Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41
# KUMPULAN: Pengurusan dan Profesional
# KEMENTERIAN/JABATAN: Jabatan Perkhidmatan Awam
—
DESKRIPSI TUGAS Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
—
SYARAT LANTIKAN Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41
1 # Setiap calon bagi lantikan perlu memiliki kelayakan seperti berikut:
A – Warganegara Malaysia.
B – Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
C – Memiliki kelayakan pendidikan seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan: RM2,422.00
- Ijazah Sarjana yang diiktiraf kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan: RM2,733.14
- Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang diiktiraf kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan: RM3,044.48
D – Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan.
E – Hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara – INTAN.
F – Setiap calon bagi lantikan perlu memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM – Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
—
TANGGA GAJI Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41
# GAJI MINIMUM: RM2,422.00
# GAJI MAKSIMUM: RM9,631.00
# KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN: RM225.00
—
Ada rujukan khas untuk peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 ini sebagai persediaan untuk menduduki exam ini.
Terdapat maklumat terkini dan contoh-contoh soalan sebagai panduan.
[+] RUJUKAN KHAS PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK GRED M41
—
Opsss! Rujukan ini mungkin belum lagi dibuka untuk jualan.
Jadi anda boleh daftar nama dan email dulu di bawah. Anda akan dimaklumkan bila rujukan ini sudah dibuka untuk jualan. (Rujukan ini dibuka untuk jualan pada tempoh tertentu – mungkin beberapa hari sebelum peperiksaan – supaya ia dapat dimasukkan maklumat-maklumat terkini dan terbaru)
Ingat satu perkara. Mereka yang bersedia belum tentu lulus. Tetapi yang gagal memang tidak pernah bersedia.