Deskripsi Tugas, Syarat Lantikan Dan Tangga Gaji Pembantu Antidadah Gred S19

Panduan buat mereka yang berminat bekerja dalam bidang pencegahan jenayah. Jawatan Pembantu Antidadah Gred S19 merupakan salah satu kerja kerajaan yang boleh dipohon dengan kelayakan SPM / SVM / SKM dan Sijil.

Mereka yang mahu mengisi kekosongan jawatan Pembantu Antidadah Gred S19 ini perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Laman Web SPA

Bila ada kerja kosong yang ditawarkan, anda akan dihubungi.

Berikut dikongsikan deskripsi tugas, syarat lantikan dan jadual gaji Pembantu Antidadah Gred S19.

#Jawatan: Pembantu Antidadah Gred S19

#Kumpulan: Pelaksana

#Kem/Jab: Agensi Antidadah Kebangsaan (Kementerian Dalam Negeri)

DESKRIPSI TUGAS Pembantu Antidadah Gred S19

Membantu mengendalikan perlaksanaan program pemulihan, program pencegahan, penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah dan tugas lain yang diarahkan pegawai atasan.

SYARAT LANTIKAN Pembantu Antidadah Gred S19

1# Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan..
  3. Memiliki kelayakan:
  • SIJIL PELAJARAN MALAYSIA – SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia (Gaji pemulaan: RM1,352.00) atau…
  • SIJIL PELAJARAN MALAYSIA – SPM atau yang diiktiraf setaraf dengnnya oleh Kerajaan Malaysia serta SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang setaraf dengannya (Gaji pemulaan: RM1,408.40) atau…
  • SIJIL PELAJARAN MALAYSIA – SPM atau yang diiktiraf setaraf dengnnya oleh Kerajaan Malaysia serta SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang setaraf dengannya (Gaji pemulaan: RM1,464.80)
  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan Malaysia.

TANGGA GAJI Pembantu Antidadah Gred S19

#Gaji Minimum: RM 1,352.00

#Gaji Maksimum: RM 4,003.00

#Kenaikan Tahunan: RM 100.00

=== === ===

Mungkin anda dipanggil untuk Peperiksaan Online Pembantu Antidadah Gred S19. Anda perlukan rujukan khas untuk exam ini?

Daftar nama anda di bawah, anda akan dimaklumkan bila Rujukan Khas Peperiksaan Online Pembantu Antidadah Gred S19 akan dibuka untuk jualan!


Nama Anda:

Email Anda :






=== === ===

Semoga perkongsian deskripsi tugas, syarat lantikan tangga gaji untuk jawatan Pembantu Antidadah Gred S19 ini dapat membantu para pemohon. Selamat maju jaya.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge