Deskripsi tugas, Syarat Lantikan Dan Tangga Gaji Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

Jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 merupakan salah satu jawatan kerajaan yang  boleh dipohon dengan kelayakan SPM / SVM / SKM dan Sijil.

Mereka yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA.

Daftar segera untuk tidak melepaskan peluang untuk menyertai sektor perkhidmatan awam. Bila ada kekosongan apa-apa jawatan, anda akan dihubungi.

rujukan exam kerja kerajaan

Berikut merupakan deskripsi tugas, syarat lantikan dan jadual/tangga gaji Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

===

# JAWATAN: Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 / Sosial

# KUMPULAN: Pelaksana

# KEMENTERIAN/JABATAN: Pelbagai Kementerian/ Jabatan/ Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis

===

DESKRIPSI TUGAS Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

Bertanggungjawab membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program pembangunan masyarakat Orang Asli dari segi pendidikan, latihan, minda, prasarana, kesihatan, kebajikan dan sosioekonomi masyarakat Orang Asli di peringkat negeri dan daerah.

Bertanggungjawab membantu menyediakan khidmat sokongan operasi bahagian, menyelaras kursus-kursus, menyemak dan menguruskan tuntutan bayaran, merekod data peserta, penceramah dan fasilitator, menyediakan dokumentasi menerusi media cetak dan elektronik.

===

SYARAT LANTIKAN Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

1 # Setiap calon yang akan dilantik hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

A – Warganegara Malaysia.

B – Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

C – Memiliki syarat kelayakan Bahasa Melayu seperti berikut:

Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

D – Memiliki taraf pendidikan seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengnnya oleh kerajaan. Gaji permulaan: RM1,352.00
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengnnya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan: RM1,408.40
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan: RM1,464.80

===

JADUAL/TANGGA GAJI Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

# Gaji Minimum: RM1,352.00

# Gaji Maksimum: RM4,003.00

# Kenaikan Tahunan: RM100.00

===

Ada rujukan khas yang boleh digunakan oleh calon panggilan untuk peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 ini sebagai persediaan menduduki exam ini.

Terdapat maklumat terkini dan contoh-contoh soalan sebagai panduan.

[+] RUJUKAN KHAS PEPERIKSAAN ONLINE PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S19

===

Opsss! Rujukan ini mungkin belum lagi dibuka untuk jualan.

Jadi anda boleh  daftar nama dan email dulu di bawah. Anda akan dimaklumkan bila rujukan ini sudah dibuka untuk jualan.

(Rujukan ini dibuka untuk jualan pada tempoh tertentu – mungkin beberapa hari sebelum peperiksaan – supaya ia dapat dimasukkan maklumat-maklumat terkini dan terbaru)


Nama:

eMail :

Ingat satu perkara. Mereka yang bersedia belum tentu lulus. Tetapi yang gagal memang tidak pernah bersedia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge