Deskripsi Tugas, Syarat Lantikan Dan Tangga Gaji Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19

Jawatan Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 merupakan salah satu jawatan kerajaan dalam unit beruniform yang  boleh dipohon dengan kelayakan SPM/SVM, SKM.

Mereka yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA.

Daftar segera untuk tidak melepaskan peluang untuk menyertai sektor perkhidmatan awam. Bila ada kekosongan apa-apa jawatan, anda akan dihubungi.

Ujian online pembantu pertahanan awam KP19

Berikut merupakan deskripsi tugas, syarat lantikan dan jadual/tangga gaji Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19.

===

# JAWATAN: Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 (Semenanjung/Sarawak/Sabah)

# KUMPULAN: Pelaksana (Keselamatan dan Pertahanan Awam)

# KEMENTERIAN/JABATAN: Jabatan Pertahanan Awam

===

DESKRIPSI TUGAS Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19

Bertanggungjawab mengetuai Pejabat Pertahanan Awam Daerah yang bertanggungjawab ke atas tugas-tugas pentadbiran/kewangan, pengurusan pasukan dan operasi bencana di daerah berkenaan.

===

SYARAT LANTIKAN Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19

Berikut merupakan syarat lantikan/kelayakan bagi jawatan Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19

1 – Warganegara Malaysia.

2 – Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

3 – Memiliki syarat pendidikan seperti berikut:

a – Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.

b – Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Gaji permulaan: RM1,360.00

c – Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan: RM1,416.40

d – Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan: RM1,472.80

4 – Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera berikut:

a – Ketinggian badan sekurang-kurangnya, 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa berkasut/sepatu.

b – Berat badan sekurang-kurangnya, 48kg bagi lelaki dan 46 bagi wanita.

c – Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26

d – Mempunyai sekuran-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).

e – Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata. Mampu mengecam warna dan pendengaran yang tidak cacat.

f – Telah diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

5 – Syarat lantikan bagi bekas anggota polis atau tentera

Calon yang merupakan bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat konstabel atau prebet atau yang setaraf dengannya hendak memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan dalam perkara 1, 2, 3 dan 4 di atas.

===

JADUAL/TANGGA GAJI Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19

# Gaji Minimum: RM 1,360.00

# Gaji Maksimum: RM 4,052.00

# Kenaikan Tahunan: RM 100.00

===

Ada rujukan khas untuk peperiksaan online Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 ini sebagai persediaan untuk menduduki exam ini.

Terdapat maklumat terkini dan contoh-contoh soalan sebagai panduan.

[+] RUJUKAN KHAS PEPERIKSAAN ONLINE PEMBANTU PERTAHANAN AWAM GRED KP19

Opsss! Rujukan ini mungkin belum lagi dibuka untuk jualan.

Jadi anda boleh  daftar nama dan email dulu di bawah. Anda akan dimaklumkan bila rujukan ini sudah dibuka untuk jualan.

(Rujukan ini dibuka untuk jualan pada tempoh tertentu – mungkin beberapa hari sebelum peperiksaan – supaya ia dapat dimasukkan maklumat-maklumat terkini dan terbaru)


Nama:

eMail :

Ingat satu perkara. Mereka yang bersedia belum tentu lulus. Tetapi yang gagal memang tidak pernah bersedia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge