Deskripsi Tugas, Syarat Lantikan Dan Tangga Gaji Pembantu Tadbir Gred N19

Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 merupakan salah satu jawatan kerajaan yang  boleh dipohon dengan kelayakan SPM / SVM / SKM / Sijil.

Mereka yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Pembantu Tadbir Gred N19 perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA.

Daftar segera untuk tidak melepaskan peluang untuk menyertai sektor perkhidmatan awam. Bila ada kekosongan apa-apa jawatan, anda akan dihubungi.

Berikut merupakan deskripsi tugas, syarat lantikan dan jadual/tangga gaji Pembantu Tabir Gred N19.

# JAWATAN: Pembantu Tadbir (perkeranian/operasi) Gred N19

# KUMPULAN: Pelaksana

# KEMENTERIAN/JABATAN: Pelbagai Jabatan / Kementerian / Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Perlis, Melaka dan Pulau Pinang.

DESKRIPSI TUGAS Pembantu Tadbir Gred N19

Menjalankan tugas-tugas perkeranian pejabat selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan dan pengurusan (menyedia dan menyimpan) fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulan, statistic serta pengurusetiaan.

SYARAT LANTIKAN Pembantu Tadbir Gred N19

1 # Setiap calon bagi lantikan perlu memiliki kelayakan seperti berikut:

A – Warganegara Malaysia.

B – Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

C – Memiliki kelayakan pendidikan seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan. Gaji permulaan: RM1,352.00
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan: RM1,408.40
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan: RM1,464.80

D – Setiap calon bagi lantikan perlu memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM – Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

E – Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, pemandu kenderaan, penghantar notis dan pembantu operasi adalah layak dipertimbangkan untuk dilantik ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada syarat-syarat:

  1. Terdapat kekosongan jawatan.
  2. Telah disahkan dalam perkhidmatan (bukan jawatan kontrak).
  3. Mempunyai kelayakan pendidikan seperti di bahagian 1(c) atau lulus peperiksaan khas.
  4. Masih dalam had umur pelantikan:
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi umur persaraan wajib 55 atau 56 tahun.
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi umur persaraan wajib 58 tahun.
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi umur persaraan wajib 60 tahun.

TANGGA GAJI Pembantu Tadbir Gred N19

# GAJI MINIMUM: RM1,352.00

# GAJI MAKSIMUM: RM4,003.00

# KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN: RM100.00

Sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan online Pembantu Tadbir Gred N19 ini, anda boleh dapatkan rujukan yang disediakan khusus untuk peperiksaan ini. Terdapat maklumat terkini dan contoh-contoh soalan sebagai panduan.

[+] RUJUKAN KHAS PEPERIKSAAN ONLINE PEMBANTU TADBIR GRED N19

Opsss! Rujukan ini mungkin belum lagi dibuka untuk jualan.

Jadi anda boleh  daftar nama dan email dulu di bawah. Anda akan dimaklumkan bila rujukan ini sudah dibuka untuk jualan. (Rujukan ini dibuka untuk jualan pada tempoh tertentu – mungkin seminggu sebelum peperiksaan – supaya ia dapat dimasukkan maklumat-maklumat terkini dan terbaru)

Nama:

eMail :

Ingat satu perkara. Mereka yang bersedia belum tentu lulus. Tetapi yang gagal memang tidak pernah bersedia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge