Jawatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 merupakan salah satu jawatan kerajaan yang boleh dipohon dengan kelayakan Diploma / STP / STPM / STAM / HSC
Mereka yang berminat untuk menyertai sektor perkhidmatan awam perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Bila ada kekosongan apa-apa jawatan seperti jawatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29, anda akan dihubungi.
Daftar segera untuk tidak melepaskan peluang kerja dengan kerajaan.
Berikut merupakan deskripsi tugas, syarat lantikan dan jadual/tangga gaji Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29
===
# JAWATAN: Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29
# KUMPULAN: Pelaksana
# KEMENTERIAN/JABATAN: Pelbagai
===
DESKRIPSI TUGAS Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29
# Kementerian Dalam Negeri
Membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjalankan aktiviti menyewa, menjual atau mengedar filem di bawah Akta Filem (Penapisan) 1952 (Pindaan 1980), menjalankan siasatan kes-kes rampasan dan menjalankan tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah.
# Kementerian Pengangkutan
Menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan.
# Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.
# Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan)
Bertanggungjawab membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.
===
SYARAT LANTIKAN Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29
1 # Setiap calon yang akan dilantik hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
A – Warganegara Malaysia.
B – Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
C – Memiliki syarat kelayakan Bahasa Melayu seperti berikut:
Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
D – Memiliki taraf pendidikan seperti berikut:
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Gaji permulaan: RM1,493.00
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Gaji permulaan: RM1,493.00
- Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.Gaji permulaan: RM1,493.00
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Gaji permulaan: RM1,770.95
- Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan: RM1,846.15
E – Memiliki taraf pendidikan bagi jawatan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia:
- Sijil Veterinar/Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan: RM1,493.00
- Diploma dalam bidang perikanan, pertanian hortikultur, pemakanan, teknologi makanan, kesihatan haiwan, penternakan atau sains veterinary yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan: RM1,846.15
F – Memiliki ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu.
- Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
- Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
- Sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
- Mampu mengecam warna dan pendengaran yang tidak cacat.
- Telah diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
G – Syarat peningkatan jawatan secara lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguatkuasa atau Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, Gred AB22 atau Gred AB26 adalah layak dipertimbangkan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29, tertakluk kepada syarat:
- Ada kekosongan jawatan.
- Jawatan sedia ada telah disahkan dalam perkhidmatan.
- Mempunyai kelayakan seperti perenggan D dan E
- Lulus peperiksaan khas.
- Masih dalam had umur pelantikan:
- Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
===
JADUAL/TANGGA GAJI Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29
# Gaji Minimum: RM1,493.00
# Gaji Maksimum: RM5,696.00
# Kenaikan Tahunan: RM145.00
===
Ada rujukan khas yang boleh digunakan oleh calon panggilan untuk peperiksaan online Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 ini sebagai persediaan menduduki exam ini.
Terdapat maklumat terkini dan contoh-contoh soalan sebagai panduan.
[+] RUJUKAN KHAS EXAM ONLINE PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP29
===
Opsss! Rujukan ini mungkin belum lagi dibuka untuk jualan.
Jadi anda boleh daftar nama dan email dulu di bawah. Anda akan dimaklumkan bila rujukan ini sudah dibuka untuk jualan.
(Rujukan ini dibuka untuk jualan pada tempoh tertentu – mungkin beberapa hari sebelum peperiksaan – supaya ia dapat dimasukkan maklumat-maklumat terkini dan terbaru)
Ingat satu perkara. Mereka yang bersedia belum tentu lulus. Tetapi yang gagal memang tidak pernah bersedia.