Deskripsi tugas, Syarat Lantikan Dan Tangga Gaji Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 merupakan salah satu jawatan kerajaan yang  boleh dipohon dengan kelayakan STPM/STAM/DIPLOMA.

Mereka yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA.

Daftar segera supaya tidak terlepas peluang untuk menyertai sektor perkhidmatan awam. Bila ada kekosongan apa-apa jawatan, anda akan dihubungi.

Berikut merupakan deskripsi tugas, syarat lantikan dan jadual/tangga gaji Penolong Pegawai Tadbir Gred N29.

===

# JAWATAN: Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

# KUMPULAN: Pelaksana

# KEMENTERIAN/JABATAN: Jabatan Perkhidmatan Awam

===

DESKRIPSI TUGAS Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

===

SYARAT LANTIKAN Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Berikut merupakan syarat lantikan/kelayakan bagi jawatan Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19

1 – Warganegara Malaysia.

2 – Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

3 – Memiliki syarat pendidikan seperti berikut:

a – Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Gaji permulaan: RM 1,493.00

b – Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Gaji permulaan: RM 1,493.00

c – Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan: RM 1,770.95

4 – Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

5 – Syarat peningkatan secara lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (kewangan), Pemeriksa Cp Jari dan Pegawai Khidmat Peanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa melantik yang berkenan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada:

a – Kekosongan jawatan.

b – Telah disahkan dalam perkhidmatan.

c – Mempunyai kelayakan pendidikan perenggan 3, atau lulus Peperiksaan Khas

d – Masih dalam had umur perlantikan

# Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

# Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

# Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

===

JADUAL/TANGGA GAJI Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

# Gaji Minimum: RM 1,493.00

# Gaji Maksimum: RM 5,672.00

# Kenaikan Tahunan: RM 145.00

===

Ada rujukan khas yang boleh digunakan oleh calon panggilan untuk peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 ini sebagai persediaan menduduki exam ini.

Terdapat maklumat terkini dan contoh-contoh soalan sebagai panduan.

[+] RUJUKAN KHAS PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29

===

Opsss! Rujukan ini mungkin belum lagi dibuka untuk jualan.

Jadi anda boleh  daftar nama dan email dulu di bawah. Anda akan dimaklumkan bila rujukan ini sudah dibuka untuk jualan.

(Rujukan ini dibuka untuk jualan pada tempoh tertentu – mungkin beberapa hari sebelum peperiksaan – supaya ia dapat dimasukkan maklumat-maklumat terkini dan terbaru)

Nama:

eMail :

Ingat satu perkara. Mereka yang bersedia belum tentu lulus. Tetapi yang gagal memang tidak pernah bersedia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge