Deskripsi tugas, Syarat Lantikan Dan Tangga Gaji Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 merupakan salah satu jawatan kerajaan yang  boleh dipohon dengan kelayakan Diploma / STP / STPM / STAM / HSC

Mereka yang berminat untuk menyertai sektor perkhidmatan awam perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Bila ada kekosongan apa-apa jawatan seperti jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29, anda akan dihubungi.

Daftar segera untuk tidak melepaskan peluang kerja dengan kerajaan.

Berikut merupakan deskripsi tugas, syarat lantikan dan jadual/tangga gaji Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

===

# JAWATAN: Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

# KUMPULAN: Pelaksana

# KEMENTERIAN/JABATAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia

===

DESKRIPSI TUGAS Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

  • Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
  • Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
  • Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
  • Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
  • Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.
  • Menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.

===

SYARAT LANTIKAN Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

1 # Setiap calon yang akan dilantik hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

A – Warganegara Malaysia.

B – Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

C – Memiliki syarat kelayakan Bahasa Melayu seperti berikut:

Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

D – Memiliki taraf pendidikan seperti berikut:

  1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan. Gaji Permulaan: RM1,498.00); atau
  2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Gaji Permulaan: RM1,498.00); atau
  3. Diploma dalam bidang berkaitan oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji Permulaan: RM1,776.08)

E – Syarat peningkatan jawatan secara lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29, tertakluk kepada syarat:

  1. Ada kekosongan jawatan.
  2. Jawatan sedia ada telah disahkan dalam perkhidmatan.
  3. Mempunyai kelayakan seperti perenggan D.
  4. Lulus peperiksaan khas.
  5. Masih dalam had umur pelantikan:
  6. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  7. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

===

JADUAL/TANGGA GAJI Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

# Gaji Minimum: RM1,498.00

# Gaji Maksimum: RM5,678.00

# Kenaikan Tahunan: RM145.00

===

Ada rujukan khas yang boleh digunakan oleh calon panggilan untuk peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 ini sebagai persediaan menduduki exam ini.

Terdapat maklumat terkini dan contoh-contoh soalan sebagai panduan.

[+] RUJUKAN KHAS PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PENGUASA KASTAM WK29

===

Opsss! Rujukan ini mungkin belum lagi dibuka untuk jualan.

Jadi anda boleh  daftar nama dan email dulu di bawah. Anda akan dimaklumkan bila rujukan ini sudah dibuka untuk jualan.

(Rujukan ini dibuka untuk jualan pada tempoh tertentu – mungkin beberapa hari sebelum peperiksaan – supaya ia dapat dimasukkan maklumat-maklumat terkini dan terbaru)


Nama:

eMail :

Ingat satu perkara. Mereka yang bersedia belum tentu lulus. Tetapi yang gagal memang tidak pernah bersedia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge