Graduan Tidak Minat Berniaga Kerana Keusahawanan Bukan Satu Kerjaya! Betulkah?

Para usahawan sering ditonjolkan sebagai orang yang berjaya dan dilimpahi kemewahan. Walau begitu pun, menjadi usahawan bukan pilihan graduan yang tamat belajar.

Ada yang menceburi bidang keusahawan, tapi tidak ramai. Boleh dibilang dengan jari anak muda yang memilih menjadi usahawan selepas habis belajar.

Kejayaan dan kemewahan usahawan, masih belum mampu menambat hati ramai anak muda untuk menceburinya atas dasar kemahuan tinggi. Selalunya dipilih sebagai ‘pilihan terakhir’.

Perkara ini bukan fakta rekaan wilayahkerja. Namun kajian mendedahkan kebanyakkan graduan lebih suka makan gaji dan bekerja pada waktu pejabat dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datul Marry Yap Kain Ching memberitahu, hanya 2 peratus daripada graduan menceburi bidang keusahawanan selepas menamatkan pengajian.

Jelas beliau lagi, sukar mencari individu yang sanggup mengambil risiko, kelua daripada zon selesa untuk membina perniagaan sendiri dan mengambil orang lain bekerja dengan mereka. Mereka lebih suka bekerja dengan orang lain, bukan orang lain bekerja dengan mereka.

Lebih teruk kata beliau, laporan Pemantauan Keusahawanan Global (GEM) 2014 mendapati, hanya 50.37 peratus daripada penduduk Malaysia menganggap keusahawanan sebagai kerjaya.

Datuk Muzamir Mustafa, Presiden Persatuan Usahawan Graduan Malaysia (PUGM) tidak dapat mengesahkan peratusan tersebut tapi setuju yang memang ramai graduan tidak mahu menceburi bidang keusahawanan. Kalau ada pun yang menjadi usahawan, kebanyakkannya setelah lama menganggur dan tiada pilihan kerja lain.

Datul Muzamir Mustafa berkata, penglibatan dalam keusahawan sangat penting kerana ia dapat memacu ekonomi negara dengan terbukanya banyak peluang pekerjaan.

Graduan dalam jurusan apa pun boleh menjadi usahawan.

Tidak semestinya mereka yang mengambil jurusan perniagaan atau keusahawanan sahaja boleh menjadi usahawan. Mereka yang mempelajari jurusan farmasi juga boleh menjadi usahawan dengan membuka perniagaan farmasi.

Ada beberapa factor yang menyebabkan kurangnya minat graduan atau anak muda menceburi bidang keusahawanan;

1# Pendedahan yang lambat berbanding bangsa Cina contohnya, yang sejak seawal tadika lagi sudah didedahkan dengan keusahawanan.

2# Pendedahan yang ‘lewat’. Di university, modul mengenai keusahawanan diketengahkan ketika mahasiswa berada pada tahun akhir. Dan ada kampus di university yang melarang mahasiswa berniaga.

3# Ada ibu bapa yang berkata, sudah penat belajar tinggi-tinggi, buat apa berniaga? Ibu bapa tidak memberi sokongan langsung.

4# Ketakutan anak muda untuk keluar dari zon selesa berikutan mereka sudah terdidik dengan kemanjaan sejak kecil oleh ibu bapa.

Selain itu antara sebab lain tidak ramai anak muda mahu menjadi usahawan, mungkin disebabkan keusahawanan sendiri tidak diberi pengiktirafan seperti kerjaya lain oleh kerajaan.

Kerjaya seperti doktor, arkitek, jurutera mempunyai persatuan yang diiktiraf kerajaan. Doktor misalnya mempunyai Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Kerajaan melalui kementerian berkaitan patut menwujudkan satu gagasan atau deklarasi yang mengiktiraf usahawan sebagai kerjaya utama. Mungkin dengan cara ini, masyarakat akan lebih meyakini kerjaya usahawan ini.

Kerjaya usahawan tidak seharusnya dipandang kecil oleh masyarakat. Bukankah Rasulullah SW ada memberitahu bahawa 9 daripada 10 punca rezeki itu datang daripada perniagaan?

# PANDUAN JANA 5 ANGKA SEBULAN DENGAN BISNES BURGER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge