Jika Dipanggil Temuduga Kerajaan, Ingat 6 Point Penting Ini…

Wilayahkerja ingin mengucapkan tahniah bila anda dapat panggilan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam – SPA, bagi menghadiri temuduga kerja kerajaan. Terutamanya pada setiap awal tahun.

Anda patut banyak bersyukur kerana, ketika ada sebahagian individu yang masih tercari-cari kerja, ada pula yang dibuang kerja… anda dipanggil temuduga.

Pihak Infokerja memaklumkan bahawa mereka banyak menerima pertanyaan… cara-cara atau tip untuk sukses temuduga.

Infokerja sememangnya dikenali sebagai penerbit online panduan-panduan temuduga kerja kerajaan dan swasta.

Jawapan yang diberi kepada yang bertanya sama sahaja sejak Infokerja wujud! Dan jawapan ini telah membantu ramai calon berjaya dalam temuduga mereka.

Tim Infokerja memberikan 6 point (perkara) penting yang perlu diberi perhatian oleh setiap calon yang dipanggil temuduga kerajaan.

Point PERTAMA:

Paling penting untuk tahu jawatan apa yang ditawarkan. Dan juga tahu skop tugas jawatan itu. Selain itu perlu juga ambil tahu apa isu-isu semasa yang berkaitan jawatan tersebut.

Point KEDUA:

Paling kedua penting untuk tahu jawatan tersebut berada di bawah jabatan atau agensi mana. Setiap kementerian ada jabatan atau agensi. Jawatan  bawah jabatan/agensi ini yang paling banyak ditawarkan.

Selain tahu skop tugas jawatan, perlu juga study dengan mendalam apa fungsi jabatan atau agensi terbabit.

Point KETIGA:

Setelah selesai point satu dan kedua, kaji atau kenali setiap individu dalam kementerian yang menaungi agensi/jabatan. Terutama 3 teratas, menteri, timbalan dan KSU dan mereka dalam kementerian yang terlibat dengan agensi/jabatan.

Kemudian kenali semua pihak tertinggi di dalam agensi/jabatan: Ketua Pengarah, pengarah unit, pengarah negeri dan sebagainya yang perlu.

Point KEEMPAT:

Ambil tahu inisiatif-inisiatif berkaitan (KEDUA). Semua inisiatif bermula dari kementerian dan agensi. Studi perlaksanaan dan keberkesanan inisiatif tersebut..

Point KELIMA

Dalami  isu-isu semasa berkaitan kerajaan. Maklumat umum kerajaan. Nama-nama kabinet dan menteri termasuk bidang tugas. Akta-akta baru. Dasar-dasar negara dan sebagainya.

Point KEENAM

Dapatkan tip dan cara untuk sukses temuduga kerajaan. Tanya rakan-rakan yang sudah bekerja, yang sudah ada pengalaman temuduga.

= = =

Biasanya, bila ditanya tentang tip temuduga, hanya point KELIMA dan KEENAM sahaja yang disarankan. Tertinggal tip PERTAMA, KEDUA, KETIGA dan KEEMPAT. Sedangkan 6 point ini sama penting.

Buat kesemua 6 point ini, InShaAllah anda akan sukses.

= = =

Jika perlukan rujukan yang lebih lengkap sebagai persediaan untuk lebih teratur dan pantas menghadapi temuduga kerja kerajaan, ini rujukannya:

[+] RUJUKAN TERBAIK TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Rujukan ini telah membantu ribuan calon temuduga sejak tahun 2009 lagi.

Entah-entah penemuduga anda nanti pun, kemungkinan bekas calon yang guna rujukan ini 10 tahun lalu.

Kongsikan artikel ini kepada rakan anda yang dipanggil temuduga.

Salam sukses!

 

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge