Jom Pakat Datang Ramai-Ramai Ke Hari Kerjaya Suruhanjaya Perkhidmtan Awam Malaysia

Ini berita/maklum terkini daripada FB Page SPA:

== == ==

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan menganjurkan Hari Kerjaya SPA di Ipoh, Perak pada hari Sabtu ini!

Hari Kerjaya SPA merupakan program sehari SPA bertemu pelanggan untuk memberikan taklimat & penjelasan terhadap persoalan atau keraguan masyarakat melibatkan sektor perkhidmatan awam.

Objektif utama program ini adalah untuk memberikan peluang kepada masyarakat & penjawat awam untuk mendapatkan maklumat secara terus atau bersemuka dengan SPA.

Hari Kerjaya SPA Siri 1/2019 ini akan dianjurkan pada:

Tarikh : 27 Julai 2019 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, UTC Ipoh, Perak.

#carikerjaSPA
#SPAdanAnda
#seharibersamaSPA

Jangan lepaskan peluang ini!

Dapatkan Tips & Panduan Temu Duga SPA serta Demo Temu Duga dari Penceramah SPA.

Sila hadir & kemukakan persoalan anda. Dapatkan perkhidmatan kami di kaunter-kaunter berikut;

1) Kaunter Semakan Permohonan Jawatan (Matrikulasi,Diploma dan Ijazah)
2) Kaunter Semakan Permohonan Jawatan Pelaksana(PMR, SPM, SKM,SVM, Sijil)
3) Urusan Naik Pangkat dan Tatatertib
4) Urusan Peperiksaan
5) Urusan Perkhidmatan

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge