Apabila anda ditanya, kenapa kamu suka bekerja dengan kerajaan? Atau dengan pertanyan, mengapa anda berminat bekerja dengan kerajaan?
Apa yang anda akan jawab?
Soalan ini akan ditanya bila anda pergi temuduga kerja kerajaan.
Setiap orang pasti akan memberikan jawapan yang berbeza. Jawapannya bergantung kepada apa yang difikirkannya.

Mungkin anda akan menjawab begini…
“Kerja kerajaan ini terjamin masa depan, sebab itu saya minat kerja kerajaan berbanding kerja swasta.”
Atau…
“Keluarga saya banyak kerja kerajaan, sebab itu saya pun mahu kerja yang sama.”
Atau…
“Saya cuba-cuba je datang temuduga ni, manalah tahu ada rezeki dapat kerja kerajaan ni.”
Atau…
“Ada banyak cuti bila kerja kerajaan ni, sebab itu saya suka.”
Atau…
“Dah puas saya minta kerja swasta, tapi tak dapat. Saya nak cuba pula kerja kerajaan ni. Manalah tahu kalau-kalau dapat.”
Semua jawapan ini adalah KURANG BAGUS, walaupun jawapan anda itu adalah betul.
KLIK DI SINI untuk mengetahui Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Bagaimana untuk anda berikan jawapan yang terbaik kepada penemuduga? Bukan sahaja jawapan yang betul tetapi juga JAWAPAN YANG BAGUS.
CADANGAN JAWAPAN
Ini jawapan yang kami cadangkan. Anda boleh sesuaikan mengikut karekter peribadi anda. Anda boleh menjawab begini…
“Saya berminat kerja dengan kerajaan kerana,
1 # Saya percaya inilah cara untuk saya berkhidmat dan berbakti kepada negara, bangsa dan agama dengan memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat melalui melalui jabatan kerajaan.
2 # Saya memang minat kerja kerajaan sejak kecil lagi. Mungkin sebab pengaruh kedua ibubapa saya yang menjadi kakitangan awam. Tambahan pula mereka memang berharap saya juga kerja di sektor awam.
Jadi, saya amat berharap saya dapat diterima sebagai seorang penjawat awam dan seterusnya dapat berbakti untuk negara.
3 # Selain dapat berkhidmat pada rakyat melalui sektor awam ini, saya juga mahu ambil peluang menambah ilmu. Ilmu melalui seminar, bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan sebagainya yang tentu saya tidak akan dapat di luar sana
Ini bakal menjadikan saya seorang penjawat awam yang berpengetahuan tinggi sekaligus boleh menjadikan saya lebih cekap dan cemerlang dalam menjalankan tugas.
4 # Saya juga mahu ambil peluang sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dari kelayakan yang saya miliki sekarang. Pelajaran tinggi ini juga membolehkan saya menyumbang kepada perkhidmatan awam dengan lebih baik. Dengan memilih untuk berkhidmat di sector awan, kerajaan akan berikan bantuan dan sokongan.
5 # Sejujurnya memang saya fikirkan masa depan saya dan juga keluarga saya. Biarlah orang kata, “kerja kerajaan ni gaji sikit je,” yang penting terjamin masa depan. Tidak ada risiko dibuang kerja seperti sektor swasta.
6 # Semua orang yang bekerja fikirkan kenaikan pangkat dan gaji. Begitu juga saya. Galakan untuk memasuki sector awam berbanding swasta selain pangkat dan gaji, tentulah soal-soal cuti tahunan, cuti bersalin, KWSP, pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan lain-lain.
KLIK DI SINI untuk mengetahui Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Anda nampak perbezaan jawapan ini. Bila anda jawab menggunakan cadangan jawapan yang kami berikan, anda kelihatan lebih matang dan berwibawa.
InShaAllah, peratusan untuk berjaya memasuki sektor awam lebih tinggi.
Semoga artikel ini dapat membantu anda.
Kongsikan jika anda rasakan artikel ini boleh memberi manfaat juga untuk orang lain.