Kita Akan Cepat Dapat Kerja Bila Letak 5 Kemahiran Ini Dalam Resume

Mendapatkan kerja pada zaman ini amat sukar. Sukarnya kerana, calon terlalu ramai. Bakal majikan pasti memilih calon terbaik di antara ramai calon ini.

Kita  terpaksa bersaing dengan ramai calon. Jika kita tidak mempunyai kelebihan berbanding calon lain, kita akan ‘tersingkir’!

Ada 5 kemahiran yang membuatkan kita mempunyai kelebihan berbanding calon-calon lain. Kita mungkin akan berada di tangga paling atas daripada pesaing lain bila ada 5 kemahiran ini.

Bila 5 kemahiran ini kita letak dalam resume, resume kita akan diberikan perhatian. Peluang kita cerah untuk mendapatkan kerja yang kita idamkan.

Berikut 5 kemahiran yang harus ada dalam resume:

===

1 – MAHIR ADOBE PHOTOSHOP

Banyak industri perlukan kemahiran ini. Mungkin syarikat tempat kita mahu kerja ada bahagian grafiknya sendiri, tapi bila kita ada kemahiran ini, kita akan diberi perhatian.

Sekurang-kurangnya, jika kita perlukan grafik yang mudah untuk kerja kita, kita boleh membuatnya sendiri. ini akan memudah dan mempercepatkan kerja.

===

2 – MAHIR MICROSOFT EXCEL

Jika ingin berkecimpung dalam bidang kewangan atau sekadar mahu kerja dalam bidang perkeranian, memang kita akan mengadap Microsoft Excel sepanjang hari. Jangan lupa tulis kemahiran ini dalam resume.

Bakal majikan akan tahu jika mereka berikan kerja kepada kita, mereka tidak perlu keluarkan kos untuk melatih kita mahir Microsoft Excel.

===

3 – MAHIR BAHASA LAIN

Kita ada kelebihan bila kita mahir dalam bahasa selain bahasa ibunda. Biasanya bahasa orang putih. Lebih berganda kelebihan jika kita mahir 1-2 bahasa yang lain terutama bahasa kaum yang ada di dalam negara seperti Mandarin atau Tamil.

===

4 – MAHIR WORDPRESS

WordPress adalah open source yang digunakan ramai pengguna untuk membangunkan laman web. Jika kita mempunyai kemahiran ini, ianya satu kelebihan besar bila kita dapat bangunkan laman web untuk tempat kita bekerja tanpa perlu syarikat mengupah orang luar.

===

5 – SEO

Selain mahir WordPress untuk membangunkan web untuk syarikat, bertambah kelebihan kita bila tahu pula SEO – Search Engine Optimizatin iaitu kemahiran menulis dengan keyword terpilih supaya artikel atau tulisan tentang syarikat atau produk syarikat berada pada ranking paling atas di search engine seperti Google, Yahoo dan Bing.

===

Pastikan kemahiran-kemahiran ini kita benar-benar ada sebelum diletakkan dalam resume. Jangan menipu untuk mendapatkan kerja. Sekali tertangkap kerana menipu, selamanya kita akan susah dipercayai.

Semua kemahiran ini boleh dipelajari dengan mengikuti kelas, kursus online atau video-video percuma di Youtube. Tidak mengapa kalau tidak mahir. Tahu yang basic sahaja pun sudah bagus.

Moga mereka yang sedang mencari kerja akan berjaya dalam pencaria mereka. Mendapat kerja dan jawatan yang mereka inginkan.

contoh resume online

===

Anda mungkin perlukan ini:

Klik >>>: Cara mudah menulis resume adalah dengan hanya menulis maklumat dalam tamplete resume yang sudah tersedia. Klik di sini untuk keterangan lebih lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge