Panduan Pendaftaran Kerja Dalam Perkhidmatan Awam – Kerja Kerajaan Menggunakan Borang SPA8i

Calon yang ingin memohon kerja dengan kerajaan atau bekerja dalam perkhidmatan awam perlu mendaftar permohonan mereka dalam lawan sesawang rasmi SPA menggunakan borang SPA8i.

Rujuk link di bawah untuk mendaftar;

[+] BORANG PENDAFTARAN KERJA KERAJAAN

( # Nota: Sila guna browser Google Chrome atau Explorer 10 ke atas sahaja untuk membuat Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam)

PENGUMUMAN UNTUK CALON

Beberapa perkara yang perlu diketahui oleh calon berkaitan dengan pandaftaran ini.

A – PENGGUNAAN E-MEL:

Calon diminta untuk mengemaskini/memasukkan alamat e-mel yang tepat dalam borang permohonan masing-masing supaya calon tidak gagal menerima e-mel panggilan Peperiksaan / Assessment Centre / Temu Duga dan sebagainya.

Sentiasa semak e-mel termasuk dalam folder Spam/Junk Email supaya calon tidak terlepas panggilan yang penting bagi mereka ini.

B – SAH LAKU PENDAFTARAN

Setiap pendaftaran hanya sah untuk tempoh 1 tahun sahaja. Selepas 1 tahun dari tarikh pendaftaran, calon perlu membuat pendaftaran baru.

C – JUMLAH JAWATAN YANG DIPOHON

Calon hanya boleh memohon untuk lima belas (15) jawatan sahaja. Tidak termasuk jawatan PDRM.

D – DASAR ONE STEP LOWER – OSL

Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar OSL iaitu:

Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.

Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.

Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM dan Latihan Separa Perubatan.

Sebagai makluman penting, SPA akan membatalkan permohonan calon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan  A hingga D. Kerana itu, calon diminta untuk mengemaskini pendaftaran mereka dan menghantar semula permohonan.

E – AKAUN BARU / LUPA KATA LALUAN

Mulai 1 Julai 2016, SPA telah melaksanakan integrasi dengan JPN bagi penambahbaikan Daftar Akaun Baru dan Lupa Kata laluan, iaitu:

1 – Pemohon yang pertama kali daftar akaun baru perlu mengisi nombor MyKad dan nama penuh seperti dalam MyKad dan akan dihantar ke JPN dahulu untuk semakan sebelum diberi akses untuk Log Masuk.

2 – Pemohon yang terlupa kata laluan perlu mengisi maklumat keselamatan seperti nama ibu (first name) dan negeri kelahiran pemohon atau alamat seperti dalam MyKad dan maklumat juga akan dihantar ke JPN untuk semakan.

Begitulah panduan cara memohon dan mendaftar untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam atau bekerja dengan kerajaan.

Dari masa ke semasa sila lawati laman sesawang SPA, mungkin ada makluman dan peraturan baru yang dilaksanakan oleh SPA.

Mungkin anda perlukan ini jika dipanggil temuduga untuk kerja dengan kerajaan:

[+] Klik >> DIBONGKARKAN “RAHSIA SULIT” BAGAIMANA UNTUK LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN DENGAN MUDAH TANPA MENGGUNAKAN SEBARANG “KABEL”

Sejak Feb 2009, sudah ramai yang telah berjaya dengan menggunakan rahsia ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge