Ramai Suka Kerja Kerajaan Kerana 9 Sebab Ini

Selepas habis SPM atau setelah memiliki sijil, diploma, ijazah dan kelulusan yang lainnya dan sudah mula mahu bekerja. Di manakah pilihan tempat kerja?

Mahu kerja di sektor swasta atau membina kerjaya dalam pentadbiran kerajaan.

Memang ramai yang memilih sektor swasta. Namun sebenarnya lebih ramai lagi yang mahu bekerja dalam pentadbiran kerajaan.

Kenapa ramai yang suka kerja kerajaan?

Kerana kelebihannya banyak. Antaranya, saya berikan 10 sebab. Sebab-sebab yang lain, mereka yang berminat bekerja dengan kerajaan sahaja yang tahu.

9 KELEBIHAN KERJA KERAJAAN

[+] RAHSIA MUDAH LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

1 # Ada elaun sara hidup (COLA)

Cost Of Living Allowance (COLA) atau dalam Bahasa mudah Elaun Sara Hidup diberi berdasarkan di mana anda bekerja untuk mengurangkan beban hidup di sesetengah kawasan.

Jika mahu elaun COLA yang tinggi, bolehlah pilih untuk bekerja di tempat yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi, seperti di Kuala Lumpur misalnya.

Elaun ini dapat mengurangkan beban membayar sewa rumah. Kerana elaun ini dapat setiap bulan. Banyak atau sedikit bergantung atau mengikut gred jawatan yang disandang. Semakin tinggi gred jawatan, makin tinggilah elaun yang dapat setiap bulan.

Namun jika tinggal di kuarters milik kerajaan, elaun tidak tidak akan diberi.

2 # Bonus tetap khidmat awam

Bekerja di sektor kerajaan (awam) bermaksud berkhidmat untuk masyarakat. Sebagai penghargaan, kerajaan memberikan Imbuhan Tetap Khidmat Awam kepada penjawat awam.

Kerja di swasta tidak ada elaun ini walaupun anda juga bekerja untuk masyarakat.

3 # Ada kenaikan gaji berkala

Kenaikan gaji di sektor awam pasti ada. Setiap tahun ada kenaikan gaji. Sedikit atau banyak pasti ada. Terutama bila jawatan berubah, tangga gaji juga turut berubah.

4 # Ada kemudahan pinjaman

Ada pinjaman yang berbaloi untuk membeli kenderaan dan rumah atau komputer. Pinjaman ini menguntungkan peminjam kerana pinjaman ini bukan seperti pinjaman bank yang mahu keuntungan daripada pinjaman kita.

Pinjaman daripada kerajaan adalah untuk membantu penjawat awam bukan untuk mengaut keuntungan.

5 # Cuti yang fleksibel

Memang tidak dinafikan, kerja kerajaan banyak cuti. Ada 14 hari cuti tahunan. Ada cuti kenaikan pangkat. Ada cuti bersalin selama 2 bulan untuk wanita. Sebab itu penjawat awam banyak terdiri dari kalangan wanita.

6 # Kemudahan di hari tua

Selain simpanan KWSP penjawat awam yang bersara masih menerima setengah daripada gaji yang diterima sebelum ini sehingga mereka meninggal. Duit pencen. Pencen inilah antara sebab terbesar kenapa ramai yang mahu bekerja dengan kerajaan.

Setelah bersara ada sumber kewangan untuk menampung hidup.

7 # Peluang naik pangkat

Semua orang ada peluang untuk naik pangkat hatta yang memulakan kerja sebagai pembantu am juga ada peluang naik pangkat.

Ada beberapa cara untuk naik pangkat. Antaranya berdasarkan prestasi kerja dan penambahan ilmu. Sambung belajar dalam bekerja.

Naik pangkat juga bermaksud naik gaji.

8 # Peluang menyambung pendidikan

Satu cara untuk kenaikan pangkat adalah dengan meningkatkan taraf pendidikan. Ada skim tertentu malah tajaan untuk menyambung pelajaran. Tentunya secara luar kampus.

9 # Peluang meningkatkan kemahiran diri

Dari masa ke semasa peluang mengikuti kursus dan bengkel ditawarkan untuk penjawat awam. Tidak perlu keluarkan duit pun. Hanya hadiri kursus atau bengkel ini sahaja. Kursus atau bengkel ini selalunya yang berkaitan dengan jawatan yang disandang.

Inilah antara sebab kenapa ramai mereka yang keluar kolej atau university berusaha untuk mencari kerja dengan kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge