Resume Anda Akan Dibuang Dalam Bakul Sampah Jika Ada Kesalahan Ini

Banyak kali dan sudah banyak syarikat kita hantarkan resume, tetapi kita tidak pernah dihubungi semula atau dipanggil temuduga.

Kenapa?

Alasannya nyata. Resume kita dibuang dalam tong sampah tanpa kompromi kerana ada kesalahan yang tidak boleh diterima oleh pihak HR syarikat terbabit.

Kita pula tidak dihubungi untuk dimaklumkan perkara tersebut. Ini kerana banyak resume yang hendak dinilai oleh pihak HR.

Ini antara kesalahan yang biasa dibuat:

===

1 – Resume yang warna warni hingga mengganggu pembacaan. Kertas berwarna dan tulisan pun pelbagai warna. Resume bukan poster jualan! Cukup sekadar hitam putih. Dan pastikan maklumat ringkat dan padat.

2 – Walau kita punya pengalaman kerja yang banyak. Menulis pengalaman kerja yang tidak berkaitan dengan kerja yang dipohon adalah satu kesilapan.

Hanya tulis pengalaman kerja berkaitan tugas yang dipohon. Kalau graduan yang belum ada pengalaman kerja, boleh tulis pengalaman dan tugas-tugas semasa praktikal.

contoh  resume online

3 – Tidak memasukkan subject bila menghantar resume melalui email. Contoh; pastikan anda menulis subject, “Job Application: Ahmad for Social Media Manager.”

4 – Tiada fail PDF. Jangan tulis resume pada email. Email hanya untuk memaklumkan yang kita telah menghantar resume. Maklumkan kepada pihak terbabit yang anda telah attach fail resume dan pastikan fail itu dalam format PDF.

5 – Tiada tajuk. Resume bukan artikel rencana, tetapi ia tetap perlukan tajuk (nama). Pastikan anda namakan resume anda sebagai RESUME ( NAMA PENUH SENDIRI ). Contoh; RESUME AHMAD

6 – Contact yang tidak dapat dihubungi. Pastikan No.Tel. dan alamat email yang anda sertakan dalam resume adalah aktif terutama No.Tel. Rugi jika anda berjaya dipanggil ke temuduga tetapi anda tidak dapat dihubungi.

7 – Masih memohon walau tiada kelayakan. Setiap jawatan kosong ada kelayakan tertentu. Jangan buang masa memohon kerja yang kita memang tidak layak dari segi syarat kelayakannya. Tumpukan usahakan dan masa memohon kerja yang bertepatan dengan kelayakan kita.

===

Penjelasan yang ringkas ini diharap dapat membantu anda membuat perubahan pada resume yang anda kemukakan bila memohon pekerjaan.

Anda boleh mendapatkan rujukan atau panduan lengkap menulis resume bagi membantu anda menyediakan resume yang terbaik.

Rujuk link ini:

Klik >>> PANDUAN LENGKAP MENYEDIAKAN RESUME SEBAGAI BANTUAN MUDAH DAN CEPAT MENDAPATKAN KERJA YANG DIIDAMKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge