Tip Hilangkan Stress Di Tempat Kerja

Kita patut menikmati kerja yang kita lakukan. Bekerja dengan gembira. Sentiasa ceria semasa menjalankan tugas.

Akan tetapi siapa yang sentiasa gembira sepanjang masa dia bekerja? Jujurnya, memang mustahil ada orang yang gembira sepanjang masa. Kita tidak akan jumpa orang yang ceria memanjang.

Adalah normal bila kadang-kadang rasa malas datang. Rasa tidak bersemangat bila bangun tidur semasa hari bekerja, terutamanya awal hari bekerja. Hari isnin.

Tetapi kerana tuntutan hidup kita perlu bekerja. Mahu atau tidak mahu kita perlu bekerja kerana rezeki Allah datangnya melalui kerja. Itu hukum alam. Hukum sunatullah.

Berikut adalah cara bagaimana kita boleh mengurangkan rasa malas dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan;

1# Tinggal dekat dengan pejabat

Kedudukan pejabat yang amat jauh dari rumah menghabiskan banyak masa dan tenaga kita untuk pergi dan balik kerja.

Keletihan pergi kerja membuatkan kita tidak dapat bekerja sebaik mungkin. Keletihan balik kerja membuatkan kita tidak cukup rehat. Sedangkan besok mahu pergi kerja lagi.

2# Rumah tempat rehat bukan tempat kerja.

Rumah adalah tempat anda berehat dan bersosial bersama keluarga dan kawan-kawan.

Usah bawa balik kerja yang tidak siap di pejabat ke rumah. Lebih lagi jangan sampai terpaksa minta ahli keluarga bantu menyiapkan kerja pejabat anda.

3# Ramah dan bersahabat baik dengan semua orang

Akrab dengan dengan rakan sekerja, kakitangan atasan juga kakitangan bawahan.

Bila sudah bersahabat seperti sebuah keluarga, maka kerja akan lebih memudahkan kerana bersama saling bantu membantu. Namun bila ramah dan bersahabat baik, tidaklah sampai menghilangkan rasa hormat kepada pihak atasan atau kepada mereka yang sepatutnya.

4# Anggap kerja sebagai ibadah

Bila bekerja semata-mata kerana imbuhan wang (gaji bulanan), pasti stress akan muncul. Kerana sebanyak mana gaji yang kita dapat, sebagai manusia kita tidak akan puas. Kita tidak akan berasa cukup.

Bila bekerja ikhlas kerana Allah, atas tuntutan berusaha suruhan agama, InShaAllah kita akan bekerja dengan tenang, nyaman, damai, tenteram tanpa beban.

Sudah tentulah ia mesti disertai ibadah lain yang diwajibkan seperti solat wajib, puasa, berzakat dan sebagainya ditambah yang sunat-sunat.

5# Cari cara memudahkan kerja

Selalu fikirkan cara baru yang dapat membuatkan kerja sukar menjadi senang. Kerja yang senang pula menjadi lebih mudah dan teratur. Pelajari teknologi atau alatan baru. Ikuti seminar berkaitan dan sebagainya.

Jika ia melibatkan prosedur kerja yang ditetapkan, berbincang dengan majikan. Akan tetapi majikan yang prihatin akan berusaha mencari jalan memudahkan kerja kakitangan mereka, ikuti saranan yang diberikan.

6# Berusaha mendapatkan posisi kerja lebih baik

Mungkin posisi atau tugas kerja kita sekarang ini tidak berapa disukai. Misalnya kita suka berhubung dengan pelanggan tapi ditugaskan mengadap komputer sehari suntuk.

Cuba lah untuk berbincang dengan ketua atau majikan. Kemungkinan mereka dapat menimbang hajat kita untuk bertukar bidang tugas.

7# Usah bergantung harap pada kerja

Adalah normal sekarang ini, orang melakukan bisnes sampingan. Jika tempat kerja kita ‘bergoncang’ terutamanya ketika krisis ekonomi, hati kita turut bergoncang kerana pergantungan kita yang kuat kepada kerja itu.

Tapi jika kita ada bisnes sampingan, maka hati kita sedikit tenang.

[+] PANDUAN BISNES DI SHOPEE CARA SAMBILAN TANPA PERLU BERHENTI KERJA

Cuba fikirkan apa yang boleh kita lakukan pada masa cuti. Atau pun ketika malam. Daripada duduk saja-saja berehat menonton TV atau baca akhbar, mungkin ada sesuatu yang boleh dilakukan sebagai saluran pendapatan kedua.

Apa yang popular sekarang ini adalah bisnes Internet. Carilah masa dan kaedah untuk mempelajari bisnes ini.

Tip Hilangkan Stress

8# Isi waktu cuti/rehat dengan aktiviti berguna

Usah habiskan waktu cuti terutamanya sabtu dan ahad untuk hal-hal yang tidak penting seperi bermain game, tidur sepanjang hari, seharian menonton TV.

Isi waktu dengan aktiviti bersama keluarga bagi yang sudah berkahwin. Ziarah teman-teman atau penuhi undangan mereka. Mengunjungi sanak saudara dan seumpamanya.

Atau mungkin boleh diisi dengan menambah pengetahuan tentang bisnes sampingan yang boleh disertai seperti belajar mengenai bisnes Internet dengan mendalalam terutamanya berkaitan topik popular iaitu affiliate dan dropship.

9# Tinggalkan budaya buruk pejabat

Politik pejabat adalah antara budaya buruk yang perlu dihindari. Sudahlah kerja bertimbun boleh mendatangkan stress, ditambah pula dengan gossip, sikap berpuak-puak, budaya mengampu.

Jika ada kesungguhan, budaya yang malangnya dianggap normal ini sebenarnya boleh dihindari.

10# Usah terlalu serius

Amat bagus jika kita dapat tumpukan seratus peratus komitmen pada tugas yang diamanahkan. Akan tetapi tidaklah sampai kita tidak ketawa langsung dengan cerita lucu teman sekerja.

Bergurau dan tertawa bersama rakan sekerja boleh meningkatkan hubungan persahabatan, menghilangkan beban fikiran, membuat badan dan minda menjadi segar.

Selama bergurau dan tertawa itu tidak berlebihan hingga mengangu tugas, tentu sahaja ia dibolehkkan.

11# Kuasai bidang kerja dan segala masalah berkaitannya

Pelajari selok belok pekerjaan yang sedang kita lakukan. Pada zaman pekerjaan sukar didapatkan, sebahagian orang terpaksa bekerja dalam bidang yang bukan dipelajarinya sewaktu di university.

Stess pasti muncul bila timbul masalah dalam kerja, sedangkan kita tidak mahir untuk selesaikannya.

Situasi ini tidak timbul bila kita mendalami bidang kerja yang kita lakukan. Mungkin dengan membaca buku berkaitan, ikuti kursus terutamanya kursus yang disarankan majikan.

12# Atasi konflik dengan musyawarah

Perselisihan antara rakan sekerja atau antara jabatan adalah hal biasa dalam dunia pekerjaan. Jika berlaku konflik, jangan tunggu ia membarah. Segeralah berbincang untuk selesaikannya.

13# Bawa barang yang anda suka atau boleh menghiburkan

Tidak ada salahnya meletakkan sebingkai gambar keluarga atas meja di pejabat. Atau apa-apa gambar yang boleh menenangkan hati dan fikiran semasa bekerja.

 

Sekiranya segala cara sudah dilakukan untuk mengelak diri tertekan atau stress di tempat kerja, namun tidak ada perubahan. Mungkin anda mahu mencari kerja lain yang sesuai dengan bakat dan minat.

Sudah nyata tempat dan pekerjaan anda sekarang tidak sesuai. Siapa tahu dengan pindah kerja di tempat baru, akan membuatkan anda bahagia lahir dan batin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge